wrapper

Berita Terkini

الإثنين 12 ربيع الثاني 1441   |   Monday 09 December 2019

SERI KEMBANGAN - Dewan Perwakilan Nasional (DPN) yang bersidang pada 30 November dan 1 Disember lalu telah meluluskan Rancangan IKRAM 2020-2023 (RI 2023) yang bermatlamatkan 'Memacu Pembinaan Negara Rahmah'.

RI adalah Rancangan IKRAM 4 Tahun yang diwujudkan sejak IKRAM dilancarkan pada tahun 2010.

Dalam sidang itu, DPN telah sebulat suara meluluskan RI 2023 yang mengunjurkan IKRAM akan memainkan peranan aktif dalam usaha membina Negara Rahmah.

IKRAM juga berhasrat agar usaha pembinaan Negara Rahmah ini digerakkan secara inklusif dan dikongsi dengan semua pihak demi kemakmuran dan kesejahteraan negara untuk semua.

Matlamat RI 2023 didukung oleh beberapa Teras Strategi antaranya:

1. Mengukuh kapasiti dan prestasi organisasi, yang mana usaha tarbiah dan pembangunan, dan seterusnya produktiviti modal insan akan terus diberi tumpuan.

2. Membina dan memanfaatkan muafakat strategik, agar semua pandangan, sumbangan dan potensi pelbagai pihak dirai dan dimanfaatkan sebaiknya dalam proses membina Negara Rahmah.

3. Membangunkan dan mengetengahkan pandangan dan model solusi yang mana model-model praktikal pembinaan negara akan diusahakan untuk dibangunkan.

Rancangan IKRAM 2020-2023 ini adalah selari dengan visi IKRAM 'Malaysia Menjadi Negara Rahmah' bersama 12 cirinya iaitu:

1. Kepemimpinan Negara yang Kompeten dan Berintegriti
2. Sistem Pemerintahan yang Berasaskan Semak dan Imbang yang Berkesan
3. Tadbir Urus yang Baik
4. Undang-undang yang Adil
5. Masyarakat yang Berilmu, Berakhlak dan Penyayang
6. Institusi Keluarga yang Utuh
7. Hubungan Etnik dan Penganut Agama yang Harmoni
8. Ekonomi yang Mampan
9. Agihan Kekayaan yang Saksama
10. Pembangunan yang Lestari
11. Kebajikan, Kesihatan dan Keselamatan Rakyat yang Terpelihara
12. Menerajui Usaha Keamanan dan Kesejahteraan Sejagat

Last modified on Monday, 02 December 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd