wrapper

Berita Terkini

الإثنين 14 ربيع الأوّل 1441   |   Tuesday 12 November 2019


SERI KEMBANGAN - Ekoran aktif menyebarkan info dan perkembangan terkini Palestin dan keganasan Zionis Israel, laman Facebook popular Aqsa Syarif, salah satu agensi MyCARE telah ditutup buat sementara waktu.

"Page Aqsa Syarif di 'unpublished' seketika kerana serangan daripada penyokong Zionis Israel yang membuat 'false report' dan penapisan kandungan berkenaan Palestin oleh pihak Facebook," kata MyCARE.

Laman yang memiliki lebih 700,000 likers itu telah diserang oleh penyokong-penyokong Zionis Israel sejak beberapa bulan yang lalu.

"Mereka cuba menyekat kami untuk menyampaikan info dan fakta mengenai Palestin kepada orang ramai.

"Kami telah menghasilkan pelbagai buku, artikel dan video agar kebenaran sampai kepada semua, tetapi ada pihak merasa tidak senang dengan hal itu."

Menurutnya, mungkin penyokong-penyokong Zionis Israel sedang bersorak gembira atas kemenangan ini.

"Namun, kita perlu buktikan suara Palestin tidak akan padam! Sebarkan kepada orang ramai," tegasnya.

Di samping sedang berusaha mendapatkan semula laman asal Aqsa Syarif, MyCARE telah menubuhkan laman Facebook Aqsa Syarif 2.0 sebagai alternatif untuk mendapatkan info terkini mengenai Palestin.

Sila 'like' laman Facebook Aqsa Syarif 2.0 di pautan https://www.facebook.com/theaqsasyarif/ dan 'share' kepada seramai yang mungkin.

Last modified on Wednesday, 23 October 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!