wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 16 صفر 1441   |   Wednesday 16 October 2019


KUBANG KERIAN - Telah berlangsung Seminar 'Malaysia Tanpa Keganasan Rumah Tangga' pada Sabtu, 28 September lalu di Dewan Kuliah 1, Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan.

Seminar dianjurkan Wanita IKRAM Kelantan dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kelantan, Rakan Sukarelawan Islam (RaSI) USM, Raudah Sakeenah Kelantan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan.

Seminar dimulakan dengan ucaptama Duta Rahmah Malaysia, Pn Che Rosmah Mohamad Zain merangkap peguam syarie, yang mendedahkan bahawa banyak kes keganasan rumah tangga yang diuruskannya sehingga mendapat penyelesaian mahkamah.

Tambahnya, undang-undang keluarga Islam banyak membantu mangsa agar dapat keluar daripada suasana penindasan dan kekejaman dalam rumah tangga.

Dalam sesi forum yang dikendalikan Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kelantan, Pn Tia Ifzani Idrus, seramai tiga panelis dijemput untuk membincang tajuk seminar.

Mereka ialah Timbalan Pegawai Pejabat Kebajikan Masyarakat Kelantan, En. Mohd Rozi Mohamed, Pengerusi Raudhah Sakeenah Kelantan, Prof Madya Dr Zaharah Sulaiman dan Jurulatih Pro Rev Consultancy, En. Airol Irwan.

Para panelis bersama para peserta seminar dan urus setia

Mohd Rozi telah menerangkan tentang Akta Keganasan Rumah Tangga yang memberikan perlindungan dan bantuan kepada mangsa yang berkahwin.

Menariknya, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bukanlah membantu memisahkan pasangan melalui perceraian tetapi dalam banyak kes, ia membantu menyelesaikan perbalahan agar pasangan itu dapat berbaik semula.

Sebagai pengerusi sebuah rumah perlindungan remaja wanita, Dr Zaharah mendedahkan, akibat keganasan rumah tangga, remaja ini menjadi mangsa sehingga terlibat dalam perzinaan dan masalah sosial yang lain, antara mereka juga ada yang mengalami depresi dsn perlu dirawat.

Sementara itu, Airol Irwan menerangkan mengenai sebab kepada berlakunya keganasan dalam rumah tangga dan mendedahkan bahawa banyak juga kes suami menjadi mangsa keganasan isteri.

Menurut Pengarah Seminar, Pn Alawiyah Abdullah, ilmu pengetahuan tentang hak isteri dan suami dalam Islam serta peruntukan dan perlindungan yang diberikan kepada mangsa melalui undang-undang syariah adalah sangat penting.

"Sebagai ahli masyarakat, semua haruslah berperanan untuk ambil peduli tentang kes-kes keganasan rumah tangga."

"Mangsa-mangsa perlulah dibantu dan disegerakan membuat laporan polis dan laporan daripada doktor yang merawat dalam tempoh 24 jam," katanya.

Majlis penutup seminar telah disempurnakan oleh Yang Dipertua IKRAM Kelantan, Sr Hj Che Rahimi Samat.

Last modified on Tuesday, 01 October 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!