wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 16 صفر 1441   |   Wednesday 16 October 2019


BANDAR BARU BANGI - Seramai 11 orang penghuni Rumah Bakti Nur Ain hari ini menerima cermin mata percuma tajaan Persatuan Kebajikan Islam Hasil Dalam Negeri Kuala Lumpur Duta (PERKIS KL-Duta) dan Yayasan Ikram Malaysia (atau lebih dikenali dengan i-Bantu) Putrajaya dalam satu majlis serahan di sini.

Menurut Pengurus Rumah Bakti Nur Ain, Abdul Azeem Syahril, ini merupakan pertama kali pihak rumah kebajikan itu menerima sumbangan cermin mata percuma kerana sebelum ini mereka hanya menerima sumbangan bantuan kewangan dan makanan daripada umum.

Dalam majlis itu, beliau merakamkan penghargaan kepada i-Bantu, PERKIS KL-Duta dan Mercu Optometrist atas pemberian cermin mata tersebut.

Menurut pembantu tadbir rumah tersebut, Cik Natasya, penghuni di sini menghadapi kesukaran melihat ketika pembelajaran dan dengan adanya cermin mata ini memudahkan mereka melihat dengan jelas ketika belajar.

Dengan bantuan cermin mata ini, katanya, ia dapat membantu penghuni mencapai kejayaan yang cemerlang serta dapat menyambung pelajaran ke universiti.

Turut hadir dalam majlis serahan cermin mata En. Mohamad Nor Abdul Hamid sebagai Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PERKIS KL-Duta, En. Ahmad Hakimi Zainol Abidin selaku Pengarah Urusan OC Optocare Bangi - Mercu Optometry Sdn Bhd, En. Abdul Malik, Timbalan Pengurus i-Bantu Putrajaya) dan En. Mohd Redhuan Wan Azmi, Ahli Jawatankuasa IKRAM Bandar Baru Bangi.

Ini merupakan tahun kedua PERKIS KL-Duta memberi kepercayaan kepada i-Bantu untuk menguruskan program cermin mata percuma setelah berjaya menguruskan pengagihan 40 pasang cermin mata pada tahun lepas di Selangor dan Perlis.

Sejak Julai 2019, daripada lebih 20 orang penghuni Rumah Bakti Nur Ain terlibat dalam saringan awal dan pemeriksaan mata, seramai 11 orang telah dikenal pasti mempunyai masalah rabun mata yang agak serius yang memerlukan cermin mata bagi membolehkan mereka melihat dengan lebih jelas.

Semoga sumbangan cermin mata ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penerima dalam menyelesaikan masalah rabun mata yang dihadapi seterusnya dapat meningkatkan prestasi pembelajaran mereka.

Last modified on Wednesday, 25 September 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!