wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 19 المحرّم 1441   |   Wednesday 18 September 2019

 

PUTRAJAYA - Presiden IKRAM, Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad menyeru ahli-ahlinya supaya memperkuatkan IKRAM serta mengislah umat dan negara dalam rangka membina Malaysia Baharu sebagai Negara Rahmah.

“Saya ingin menegaskan kepentingan kita untuk meningkatkan keupayaan diri, memperkuatkan organisasi serta mengislah umat dan negara dalam rangka membina Malaysia Baharu sebagai Negara Rahmah,” katanya semasa Majlis Makan Malam Sambutan 10 Tahun IKRAM.

Jelasnya, IKRAM mengimpikan sebuah ‘Negara Rahmah Mithali’ di Malaysia, sebuah negara rahmah yang dapat menaungi penduduknya, melebarkan naungan tersebut ke bahagian lain di dunia secara berperingkat-peringkat pada masa hadapan.

“Dengan itu, dunia sepenuhnya boleh berubah kepada dunia baru yang rahmah, saling menyantuni semua penjurunya dengan santunan kemanusiaan, santunan ihsan dan santunan peradaban.”

Tambah beliau, sejak 2014 lagi, IKRAM sudah menggagaskan tema Negara Rahmah dan ia juga dibahas dalam konteks maqasid syariah dan siasah syar’iyyah dalam ucapan dasar Perhimpunan Tahunan IKRAM (PTI) 2015 dan 2016.

“12 ciri Negara Rahmah berasaskan Islam ini sangat bertepatan dengan agenda Malaysia Baharu yang sedang diaplikasikan oleh kerajaan Malaysia.”

Ujarnya, gagasan IKRAM bagi mewujudkan sebuah Negara Rahmah turut diiktiraf kerajaan melalui ucaptama Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Hj Amiruddin Hamzah  semasa PTI 2018.

“Usaha-usaha ini perlu dipacu dalam suasana aman dengan kewujudan kerajaan yang baik yang turut melaksanakan agenda pengislahan negara secara bersungguh-sungguh serta berusaha mengekalkan perpaduan masyarakat majmuk dalam negara.”

Dr Parid turut menerangkan secara ringkas sejarah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan itu yang ditubuhkan sejak 2009 dan perkembangannya sehingga kini.

IKRAM kini mempunyai 111 cawangan (15 negeri dan 96 kawasan) dengan keahlian lebih 20,000 orang dan menaungi lebih 12 institusi dan agensi dalam pelbagai medan amal.

Majlis Makan Malam Sambutan 10 Tahun IKRAM bertemakan ‘Sedekad Menyebar Rahmah’ dihadiri kira-kira 1,000 orang peserta yang terdiri daripada para pemimpin IKRAM, ahli-ahli, wakil institusi dan tetamu jemputan daripada agensi kerajaan dan NGO.

Video ucapan penuh Presiden IKRAM: https://youtu.be/bjJHLPSdWS8

Last modified on Friday, 06 September 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!