wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 22 ربيع الأوّل 1441   |   Tuesday 19 November 2019


PUTRAJAYA - IKRAM Kuala Lumpur menerima Anugerah Negeri Harapan sementara Ahli Jawatankusa Pusat (JKP), Hj Zaid Kamaruddin dinobatkan sebagai Tokoh Rahmah IKRAM.

Kedua-dua anugerah tersebut disampaikan oleh Presiden IKRAM, Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad dalam Majlis Makan Malam Sambutan 10 Tahun IKRAM di The Everly Putrajaya pada Sabtu, 31 Ogos lalu di sini.

Menghargai pengiktirafan tersebut, Yang Dipertua IKRAM Kuala Lumpur, Hj Zainal Adnan Abdul Halim berkata, masih banyak lagi kerja yang perlu dilaksanakan.

"Kita semua sebagai ahli IKRAM Kuala Lumpur perlu melipatgandakan lagi usaha kita dan bersungguh-sungguh melakukan dakwah, tarbiah dan kebajikan di seluruh pelosok negeri," jelasnya.

  

Dengan kehadiran kira-kira 1,000 orang peserta, Majlis Makan Malam Sambutan 10 Tahun IKRAM diadakan bertujuan untuk meraikannya bersama pemimpin IKRAM, ahli-ahli, institusi dan tetamu jemputan serta memberi ruang sumbangan untuk sambutan 10 tahun dan aktiviti IKRAM secara umum.

Majlis yang bertemakan 'Sedekad Menyebar Rahmah' ini diserikan dengan ucapan Dr Parid, Pidato Khas oleh Usahawan Shariah Global, Datuk Dr Mohd Daud Bakar yang juga Pengerusi YaPEIM dan Presiden UIAM bertajuk 'Membina Negara: Langkah ke Hadapan' dan Tazkirah Perdana oleh Ustaz Hj Alias Othman.

    

Majlis dimeriahkan dengan tayangan montaj 10 Tahun IKRAM, persembahan nasyid Saff One dan Zeyad serta deklamasi sajak 'Pembawa Rahmah' oleh Presiden Penaja IKRAM, Prof Datuk Dr Mohamed Hatta Shaharom diiringi alunan seruling oleh Syazni Shukri.

Turut hadir dalam majlis itu Pengarah Hj Nahar Md Nor, Yang Dipertua Dewan Perwakilan Nasional, AJK Penaja, Ahli-ahli dan mantan JKP, Ahli-ahli dan mantan JKWIP, serta wakil-wakil penaja, institusi, IKRAM Negeri dan Kawasan.

Hadir sama Ahli Parlimen Ledang YB Syed Ibrahim Syed Noh, ADUN Bukit Malawati Juwairiya Zulkifli dan ADUN Hulu Kelang YB Hj Saari Sungib.

    

Turut hadir wakil-wakil agensi kerajaan seperti JAWI dan LPPKN serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Majlis Belia Malaysia (MBM), GBM, Bersih 2.0, Dong Zong, PERKIM, Haluan, IPSI, ABIM, WADAH, PCOM, KLSCAH, MACMA, MIZAN, SIS Forum, LLG, PS the Children, HARMONI, GEMA dan AWAM.

IKRAM diluluskan penubuhannya pada 22 Oktober 2009 dan tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 penubuhan pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan tersebut.

Last modified on Thursday, 05 September 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!