wrapper

Berita Terkini

الأحد 17 ذو الحجّة 1440   |   Monday 19 August 2019


SERI KEMBANGAN - Sekumpulan pensyarah dan mahasiswa dari Shanghai Jiao Tong University (SJTU), China telah melawat Ibu Pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) pada Selasa lalu.

Delegasi SJTU yang diketuai Naib Dekan Fakulti Hal Ehwal Antarabangsa dan Awam, Profesor Bo Peng bersama 12 orang mahasiswa Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda.

Ketibaan delegasi tersebut disambut mesra Timbalan Presiden IKRAM, Prof Madya Hj Badlishah Sham Baharin dan Ketua Pegawai Operasi, Hj Nordin Shafie.

Dalam lawatan tersebut, sesi dialog, pertukaran pandangan dan soal jawab telah berlangsung selama dua jam mengenai peranan dan penglibatan NGO seperti IKRAM terutamanya yang berkaitan dengan penyertaan sosial (social inclusion) di Malaysia.

Turut mengiringi delegasi dalam lawatan itu ialah empat orang mahasiswa Sarjana Polisi Awam Universiti Malaya iaitu Mohammad Abdul Hamid, Nik Fikri Nik Hassan, Ainin Ainiyah Mustapha dan Zhe Luerluyi.  

Keberadaan delegasi SJTU selama seminggu ke Malaysia adalah dalam rangka untuk melaksanakan agenda Global Challenge Program ‘Social Governance in Large Cities in Southeast Asia’ di samping menyertai persidangan 'International Conference on Emerging Issues in Public Policy: Global Trends and Projections' anjuran Universiti Malaya selama dua hari.

Last modified on Saturday, 10 August 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!