wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 22 ربيع الأوّل 1441   |   Tuesday 19 November 2019


SERI KEMBANGAN - Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati hanya 46 peratus ibu menyusukan bayi mereka untuk tempoh empat bulan pertama.

"Dan Malaysia merupakan antara negara terendah di Asia Tenggara yang memberikan penyusuan susu ibu secara eksklusif," kata Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Ustazah Hajah Sallawahiu Mohd Salleh.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media Wanita IKRAM sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia yang disambut pada 1 hingga 7 Ogos setiap tahun.

Tambah beliau, temubual yang dijalankan di sebuah Hospital Universiti di Kuala Lumpur menunjukkan 67 peratus ibu memberhentikan penyusuan kerana kekurangan susu ibu serta kebanyakan bayi mula diberikan makanan selain daripada susu ibu seawal umur tiga setengah bulan.

"Para ibu yang berpendapatan tinggi juga didapati memberhentikan penyusuan susu ibu lebih awal berbanding mereka yang berpendapatan rendah."

Oleh itu, Ustazah Sallawahiu menggesa agar semua pihak perlu memainkan peranan bagi mencapai sasaran World Health Assembly (WHA) iaitu 50 peratus bayi mendapat penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan.

"Wanita IKRAM menyarankan agar Polisi Perlindungan Sosial diperkasakan untuk ibu bapa yang merangkumi cuti bergaji kepada ibu bapa bagi tujuan penjagaan bayi," jelasnya.

Selain itu, katanya, perlu diwujudkan polisi tempat kerja yang fleksibel bagi membolehkan penyusuan susu ibu serta bantuan kewangan daripada pihak kerajaan bagi membantu penyusuan susu ibu.

Kajian menunjukkan bahawa susu ibu mempunyai banyak faedah kepada bayi melibatkan perkembangan psikomotor, emosi, sosial dan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi).

Susu ibu juga mampu mengurangkan risiko kencing manis, kanser, jangkitan telinga dan pneumonia serta mempunyai antibodi tinggi untuk melawan penyakit, menggalakkan penghadaman yang mudah, tumbesaran dan banyak lagi.

Sumber: http://bit.ly/km-susuibu

Last modified on Wednesday, 07 August 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!