wrapper

Berita Terkini

الأحد 17 ذو الحجّة 1440   |   Monday 19 August 2019


KUALA LUMPUR - Kelab MyCARE Sekolah-sekolah IKRAM MUSLEH telah dilancarkan secara rasmi pada Isnin lalu di Sekolah Rendah Islam Al Amin Keramat, di sini.

Pelancaran Kelab MyCARE dan juga MyKorban disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Ar Hj Syed Muhammad Radhi Sayed Sakkaf. 

Menurut Pengurus MyCARE, En. Mohd Sazlie Ibrahim, pelancaran ini bertujuan mengetengahkan isu kemanusiaan yang melibatkan umat Islam khususnya dan umat sejagat amnya.

"Selain itu, ia dapat menyemarakkan usaha-usaha kebajikan dalam kalangan guru-guru dan murid-murid sekolah," katanya.

Di samping itu, jelasnya, kelab ini menjadi satu platform rasmi di sekolah-sekolah rangkaian IKRAM MUSLEH bagi menjuarai isu-isu dan usaha-usaha mengumpul dana bagi membantu MyCARE.

Jelasnya, inisiatif ini sudah berlangsung lebih setahun ini mula menampakkan hasil apabila banyak aktiviti kesedaran dan sumbangan yang dibuat dan diterima melalui rangkaian sekolah ini.

"Kini tiba masanya untuk inisiatif ini dilancarkan secara rasmi dan diperkenalkan kepada umum."

Pengerusi Unit Kokurikulum dan KRS MUSLEH merangkap Penasihat Kelab MyCARE, Mejar KRSM Abd Rahaim Md Isa turut menyerahkan sumbangan korban kepada MyCARE sebagai simbolik pelancaran MyKorban.

Turut hadir dalam pelancaran itu Pengerusi Kelab MyCARE, Kapten KRSM Rofazlin Jusoh, Pengurus MyKorban, En. Abdul Hafidz Hashim, Sekretariat Unit Kokurikulum IKRAM MUSLEH, Guru-guru Penyelaras Kelab MyCARE dan para pelajar sekolah-sekolah rangkaian IKRAM MUSLEH berhampiran.

MyKorban kini menawarkan pakej korban dan akikah terbaru iaitu pakej sejuk beku dan tin. Mereka yang berminat boleh melayari http://mykorban.org atau https://www.billplz.com/mykorban.

Last modified on Friday, 02 August 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!