wrapper

Berita Terkini

الأحد 17 ذو الحجّة 1440   |   Monday 19 August 2019

SERI KEMBANGAN - Sempena sambutan 10 Tahun penubuhan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), TV.IKRAM menganjurkan Pertandingan Filem Pendek 12 Ciri Negara Rahmah hingga 17 Ogos ini.

Hadiah berupa wang tunai hingga RM7,000 ditawarkan kepada sembilan pemenang. Pertandingan ini terbuka untuk semua dengan pemenang pertama akan meraih RM3,000, pemenang kedua RM2,000 dan pemenang ketiga RM1,000.

Selain itu, pertandingan ini turut menawarkan hadiah saguhati RM100 kepada lima pemenang dan hadiah khas bagi filem pendek paling banyak 'like' di Facebook TV.IKRAM berjumlah RM500.

"Antara langkah penyertaan pertandingan ialah mereka perlu 'like' Facebook TV.IKRAM, hasilkan filem pendek dan muat naik filem tersebut di saluran YouTube masing-masing." kata pengarah pertandingan, Mohamad Hanif Fadzil.

Filem pendek tersebut mestilah berdurasi tiga hingga lima minit bertemakan salah satu daripada 12 ciri Negara Rahmah. Ciri-ciri Negara Rahmah boleh didapati di pautan http://ikram.org.my/berita-2/pengenalan.html

"Daripada pautan YouTube yang diberi, penganjur akan memuat turun video tersebut dan memuat naik semula di Facebook TV.IKRAM untuk dipaparkan pada 18 Ogos hingga 27 Ogos bagi penilaian penonton (hadiah khas) dan juri," ujar Hanif.

Berkenaan juri, jelasnya, penganjur sudah memilih tiga orang juri profesional untuk menilai semua filem pendek yang dihantar.

"Antara yang dinilai juri adalah berdasarkan persembahan, teknik penggambaran, mesej yang hendak disampaikan dan kreativiti peserta."

Katanya lagi, jika filem itu sudah dimuat naik di YouTube, peserta boleh terus mendaftar di pautan http://bit.ly/shortfilmrahmah dan mengisi info berkaitan dan pautan YouTube dalam borang tersebut.

Untuk maklumat, sila layari Facebook TV.IKRAM di pautan berikut: https://www.facebook.com/tvikram.my/

Last modified on Thursday, 25 July 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!