wrapper

Berita Terkini

الإثنين 12 ربيع الثاني 1441   |   Monday 09 December 2019

SERI KEMBANGAN - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah mengunjungi Ibu Pejabat IKRAM semalam bagi membincangkan ruang kerjasama dalam memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan yang berintegriti dalam kalangan agensi penguatkuasaan di Malaysia.

Rombongan EAIC diketuai Timbalan Pengarah Seksyen Perhubungan Korporat, En Mohammad Faizal Jaaffar bersama Timbalan Pengarah Seksyen Media dan Publisiti, Pn Jasliza Ismail daripada Bahagian Komunikasi Korporat dan Timbalan Pengarah Seksyen Dasar dan Penyelidikan, En Firdaus Nohhani daripada Bahagian Dasar, Penyelidikan, Inovasi dan Urusetia.

Kunjungan mereka disambut mesra Ketua Pegawai Operasi Ibu Pejabat IKRAM, Hj Nordin Shafie bersama wakil Presiden, Hj Salman Sirad dan wakil Jabatan Wanita, Cik Nik Khatijah Nik Mud.

Pertemuan julung kali antara IKRAM dan EAIC ini memberi ruang kepada kedua-duanya untuk saling mengenali dangan lebih mendalam tentang gerak kerja masing-masing serta mengenal pasti ruang kerjasama pada masa hadapan.

Kerjasama ini dilihat satu langkah yang strategik dalam membantu merealisasikan visi IKRAM Malaysia Menjadi Negara Rahmah melalui ciri-ciri antaranya kepemimpinan negara yang kompeten dan berintegriti, sistem pemerintahan yang berasaskan semak dan imbang yang berkesan, serta tadbir urus yang baik.

IKRAM turut menyambut baik budaya perkongsian dan dialog seperti ini serta bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi kerajaan, institusi, badan kerajaan mahupun bukan kerajaan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan masyarakat dan negara.

Semoga pertemuan ini akan membuahkan kerjasama yang mantap antara IKRAM dan EAIC pada masa akan datang bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan yang berintegriti terus diperkasakan dalam membina Malaysia Baharu.

Last modified on Wednesday, 10 July 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd