wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 19 المحرّم 1441   |   Wednesday 18 September 2019


KUALA LUMPUR - Seluruh lapisan masyarakat dijemput hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri Harmoni 2019 yang akan berlangsung pada Sabtu ini di Taman Rekreasi Pudu Ulu, Cheras bermula 10.00 pagi hingga 2.00 petang.

“Pelbagai jenis juadah tradisional Melayu dan pelbagai etnik akan dihidangkan dan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan budaya pelbagai kaum dan etnik, sudut pameran Islam, booth jualan,” kata Pengerusi Gabungan Dakwah Malaysia (GDM), Hj Nicholas Sylvester dalam satu sidang media sambutan itu hari ini.

Program ini dianjurkan bersama GDM, Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE DBKL) &  Allied Coordinating Committee of Islamic NGO (ACCIN) yang terdiri daripada 10 organisasi.

Tambah Nicholas, turut bersama memberikan kerjasama penganjuran kali ini ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Penerangan Malaysia Wilayah Persekutuan, dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Objektif penganjuran kali ini adalah untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat majmuk di Malaysia di samping menunjukkan Islam adalah satu cara hidup yang membawa rahmah kepada seluruh alam (Rahmatan Lil Alamin),” jelas beliau.

Menurutnya, pihak penganjur sedang berusaha untuk menjemput Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk merasmikan majlis tersebut.

“Antara jemputan kita adalah ketua-ketua agama dari masyarakat majmuk di Malaysia dan pemimpin-pemimpin tempatan dari pelbagai latar belakang.”

Ujarnya, turut diadakan dalam majlis ini adalah sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik dan mereka yang diraikan dari golongan anak-anak yatim, orang tua, orang asli dan saudara baru.

“Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput semua lapisan masyarakat majmuk Muslim dan non-Muslim di Malaysia untuk bersama kami menjayakan sambutan pada kali ini. Sila datang beramai-ramai.”

Turut hadir dalam sidang media itu adalah Pengerusi ANULAE DBKL, En Zakaria Abdullah dan Pengerusi ACCIN, En Zuhri Yuhyi mewakili Pengerusi ACCIN.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai sambutan ini, boleh diajukan kepada Pn Che Anizah (018-3971841), En Shiham ( 013-4594518) atau Pejabat (03-41089669).                  

Last modified on Tuesday, 25 June 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!