wrapper

Berita Terkini

الخميس 20 المحرّم 1441   |   Thursday 19 September 2019

KUALA LUMPUR - Hidayah Centre Foundation (HCF) telah meraikan kira-kira 2,000 orang saudara baru dalam 10 majlis iftar di seluruh negara, menurut Ketua Pegawai Eksekutif HCF, Hj Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap dalam Majlis Iftar Perdana Amal Hidayah Centre kali ke-15 bertemakan ‘Sebarkan Rahmah, Santuni Ummah’ pada 25 Mei lalu di Dewan Kristal, TM Convention Centre di sini.

Katanya, HCF kini mempunyai 30 cawangan, 60 orang kakitangan dan 50 pusat operasi di seluruh negara.

“Antara usaha berterusan yang dijalankan ialah menguruskan pengislaman saudara baru, memberikan bimbingan, didikan, kaunseling, membangunkan potensi saudara-saudara baru di seluruh negara,” ujarnya lagi.

Beberapa anugerah turut disampaikan kepada saudara baru iaitu Nurul Ain Sumayyah Abdullah (Anugerah Saudara Baru Harapan), Mohamad Firdaus Abdullah (Anugerah Saudara Baru Tauladan) dan Wan Siti Aisyah Abdullah (Anugerah Khas Saudara Baru).

Anugerah disampaikan oleh Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad yang turut merasmikan majlis tersebut. Majlis turut diserikan dengan persembahan penyanyi terkenal tanah air, Faizal Tahir serta celoteh dan lagu spontan DJ Mawi dan DJ Anas daripada radio Zayan.

Sementara itu, Etiqa Family Takaful Bhd & Etiqa General Takaful Bhd menyampaikan mock cheque sumbangan RM120,000 kepada HCF melalui Ahli Lembaga Pengarahnya, Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman dan Worldwide Holdings Bhd menyampaikan sumbangan sebanyak RM15,000 melalui Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Tuan Haji Ami Nardin Haji Ishak.

Turut hadir dalam majlis tersebut Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah HCF, Datin Paduka Hjh Che Asmah Ibrahim,  Penasihat Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) Hj Adam Mohd Said, Ahli Lembaga Pemegang Amanah HCF, Syed Adnan Al-Habsyi, Setiausaha Sulit Kanan Menteri Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Tuan Alan Kirupakaran, Ahli Dewan Negeri (ADUN) Banting, YB Lau Weng San serta wakil-wakil agensi kerajaan dan NGO.

Last modified on Tuesday, 28 May 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!