wrapper

Berita Terkini

الخميس 20 المحرّم 1441   |   Thursday 19 September 2019


PAYA JARAS - Program Semarak Ramadan anjuran bersama Persatuan Kebajikan Islam Hasil Dalam Negeri Kuala Lumpur Duta (PERKIS KL-Duta) dan Yayasan IKRAM Malaysia (atau lebih dikenali dengan i-Bantu) telah menceriakan anak-anak yatim di Rumah Kasih Harmoni di sini.

“Antara pengisian program ini adalah qiamullail, bersahur, subuh berjamaah serta penyampaian sumbangan duit raya, kuih raya, baju raya dan sumbangan makanan kering kepada 84 orang penghuni Rumah Kasih Harmoni,” kata pengarah program.

Beliau berkata, program Semarak Ramadan ini telah mula diusahakan oleh i-Bantu sejak awal Mac 2019 bagi menunaikan hajat pihak PERKIS KL-Duta untuk melaksanakan program sahur bersama anak yatim dan asnaf.

“Setelah membuat beberapa perbincangan, PERKIS bersetuju mengadakan program ini di Rumah Kasih Harmoni.”

Menurutnya, rata-rata daripada penghuni rumah ini merupakan anak yatim, fakir miskin, asnaf dan saudara baru berusia seawal enam bulan hingga 18 tahun daripada pelbagai latar belakang keluarga.

Dalam pada itu, terdapat juga penghuni yang diterima masuk atas arahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana beberapa kes yang melibatkan JKM.

“Daripada temu bual bersama warden Rumah Kasih Harmoni, beliau memaklumkan terdapat 100 orang penghuni terdiri daripada 55 lelaki dan 45 perempuan.”

Manakala, daripada 100 orang penghuni ini, lebih 70 orang menginap di rumah tersebut manakala bakinya tinggal di asrama sekolah, madrasah ataupun tinggal bersama keluarga.

Semarak Ramadan merupakan program kerjasama kebajikan kali kelima antara PERKIS dan i-Bantu. Kerjasama sebelum ini ialah program cermin mata percuma, sumbangan pek ibadah dan pek kebersihan, edaran bubur lambuk dan bantuan pek kembali ke sekolah.

Turut menyumbang dalam program ini antaranya Studio Seni Kreatif, Nasi Lemak Saleha dan beberapa lagi penyumbang individu yang bersama-sama merebut peluang pahala berganda pada bulan Ramadan ini.

Turut hadir Pengerusi PERKIS KL-Duta En Shamshul Kamal Mohamed Nazri, Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PERKIS KL-Duta En Mohamad Nor Abdul Hamid, Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM Hj Nahar Md Nor, Setiausaha IKRAM Kuala Selangor Hj Muhamad Shamsudin Ahmad dan penyampai tazkirah Ustaz Khubaib Muhamad Asmadi.

Semoga kerjasama dalam program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dalam membantu lebih ramai lagi insan yang lebih memerlukan, insya-Allah.

Last modified on Tuesday, 21 May 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!