wrapper

Berita Terkini

الجمعة 17 ذو القعدة 1440   |   Saturday 20 July 2019


GOMBAK - Persatuan Belia Harmoni Gombak telah mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila nama barunya, Harmoni IIUM Club telah dilancarkan secara rasmi pada 23 April lalu.

Menjadi salah sebuah persatuan berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan UIAM (STADD), pelancarannya disempurnakan Pengarah STADD, Puan Hafsah Mohd Yusoff di Wadi Budi.

"Saya menggalakkan Harmoni untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti untuk semua pelajar UIAM, yang mana daripada pengalaman menyelenggarakan program, akan memupuk pelajar menjadi lebih kreatif, proaktif dan mengamalkan takwa," ujar beliau.

Sebagaimana sebelum ini jelasnya, Harmoni telah berjaya menganjurkan program seperti Sembang Kencang dan Food for Siswa yang amat bermanfaat kepada pelajar UIAM.

“Saya harap Harmoni akan terus menyusun program yang bermanfaat untuk semua pelajar.”

Program tersebut dihadiri ADUN Permatang Pasir, YB Faiz Fadzil sebagai VIP yang menyampaikan ucaptama ‘Peranan Mahasiswa Dalam Pembinaan Negara’, wakil Majlis Perwakilan Pelajar (SRC) dan ahli-ahli persatuan dakwah yang lain.

Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut Pengerusi Pembangunan Mahasiswa IKRAM Gombak, Dr Hilmi Hela Ladin dan Presiden Harmoni Club, Sdr Ammar Hasbullah.

"Kami mengutamakan pembangunan holistik dalam kalangan ahli kami kerana mereka akan terlibat dalam aktiviti lain, di mana mereka boleh meningkatkan nilai rohani, kemahiran dan bakat kepimpinan serta terlibat dengan masyarakat dan pelajar," kata Naib Presiden Harmoni Club, Raja Nur Hanisah Raja Sulaiman.

Selain itu menurutnya, Harmoni juga menyediakan bantuan kewangan kepada ahli-ahlinya yang memerlukan.

Didaftarkan secara rasmi pada 15 Februari 2019, Harmoni IIUM Club kini mempunyai kira-kira 200 orang ahli dan kelab ini berusaha untuk melahirkan mahasiswa yang berkepimpinan tinggi dan berkarisma.

Sumber: IIUM Today

Last modified on Monday, 06 May 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd