wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 17 رمضان 1440   |   Tuesday 21 May 2019


PETALING JAYA - Bertujuan mengumpul dana bagi menampung kos aktiviti dan operasi dakwah, Hidayah Centre Foundation telah menganjurkan Program Golf Amal HCF 2019 (PGA HCF2019) pada 20 April lalu di Kelab Golf Seri Selangor di sini.

Penganjuran program amal dwitahunan buat kali ketiga sejak 2015 ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, YB Dato’ Hj Amiruddin Hamzah dengan melakukan pukulan ‘tee-off’ di padang golf tersebut.

Dengan penyertaan 60 orang peserta, PGA HCF2019 berjaya mengumpul tajaan hampir RM50,000 daripada beberapa syarikat korporat iaitu Meranti Furniture, Iktisas Planners, Iktisas Ingernieurs, Profess Consultant dan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP).

Selain menampung kos operasi HCF, program ini juga bertujuan untuk membina hubungan antara badan dakwah itu dengan pihak korporat serta individu-individu yang berpotensi untuk membantu HCF pada masa akan datang.

Diharapkan program ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang mendapat penyertaan yang lebih banyak lagi daripada pelbagai pihak bagi membantu usaha Hidayah Centre Foundation dalam menyampaikan Islam dan pemerkasaan mualaf, insya-Allah.

Sumber: https://hidayahcentre.org.my

Last modified on Friday, 26 April 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!