wrapper

Berita Terkini

الجمعة 17 ذو القعدة 1440   |   Saturday 20 July 2019


SHAH ALAM - Program Rayuan Ramadhan anjuran Yayasan Ikram Malaysia kali ini akan memfokuskan bantuan kepada kumpulan B40 dan miskin bandar, kata Pengarah Program Rayuan Ramadhan, Prof Madya Hj Ainullotfi Abdul Latif.

“Namun, golongan lain yang berkeperluan juga tidaklah pula dilupakan,” jelasnya dalam Majlis Pelancaran Rayuan Ramadhan 1440H / 2019M di Pejabat IKRAM Selangor di sini.

Tambahnya, laporan UNICEF dalam Laporan Kanak-kanak Pinggiran 2018 menyatakan bahawa 97 peratus isi rumah miskin bandar tidak berkemampuan untuk menyediakan hidangan sihat kepada anak-anak mereka.

“Di samping itu, tambahnya, 52 peratus isi rumah miskin bandar ini pula tidak mempunyai cukup wang untuk membeli makanan. Lebih menyedihkan, 12 peratus daripada kanak-kanak tersebut menikmati kurang daripada tiga kali hidangan dalam sehari.”

Dalam laporan itu juga menyebut, dari sudut pendidikan, 51 peratus daripada kalangan kanak-kanak dalam golongan tersebut yang berusia 5 dan 6 tahun tidak mampu untuk menghadiri sesi prasekolah seperti kanak-kanak biasa yang lain.

“Sementara 2 peratus kanak-kanak daripada kalangan golongan ini yang berusia antara 7 hingga 17 tahun tidak berpeluang dan tidak pernah mengikuti sesi persekolahan.”

Ujar Ainulltofi, Yayasan Ikram Malaysia juga telah merangka program ‘Kempen 1 Tabung 1 Pelajar RM1 Sehari’ dengan kerjasama IKRAM MUSLEH yang bertujuan untuk membudayakan sikap menabung bagi membantu mereka yang lebih memerlukan di peringkat kanak-kanak.

“Yayasan Ikram Malaysia berhasrat untuk melakukan yang lebih baik dengan menyasarkan kutipan berjumlah RM1 juta.”

Bertemakan ‘Ramadhan Rahmah, Prihatin Ummah’, pelancaran Rayuan Ramadhan telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Ikram Malaysia, Prof Datuk Dr Mohamed Hatta Shaharom dan disaksikan Presiden IKRAM, Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad.

Sumbangan berupa beras dan barang keperluan memasak turut disampaikan kepada 30 orang penerima.

Pelaksanaan program Rayuan Ramadan melalui i-Bantu telah menyaksikan kejayaan cemerlang pengagihan kepada sejumlah 750,000 orang penerima sejak tahun pertama program ini dilaksanakan 19 tahun yang lalu.

Pada tahun lalu, lebih RM750,000 telah diagihkan dalam bentuk bantuan makanan, iftar, bantuan pendidikan, bantuan OKU/kesihatan, bantuan umum dan bantuan makanan sepanjang tahun.

Mereka yang berminat bolehlah menyumbang melalui akaun YAYASAN IKRAM MALAYSIA (MAYBANK: 562142404402) atau sumbangan atas talian: www.i-bantu.org.my/reg/ dan menghantar bukti sumbangan di talian 011-60501137 atau e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi telefon pejabat di talian 03-4101 2080 atau layari laman sesawang www.yayasan.ikram.org.my atau facebook Rayuan Ramadhan.

Last modified on Monday, 22 April 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!