wrapper

Berita Terkini

الخميس 20 شعبان 1440   |   Thursday 25 April 2019


SHAH ALAM - Ketua Wanita IKRAM Negeri Selangor, Prof Dr Hanim Salleh telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Modul BlisS (Bijak Pengantin Selangor) kali ke-3, pada 26 Mac lalu di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh wakil pejabat Exco Wanita Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor, Puan Anis Afida Azli.

“Secara keseluruhan mesyuarat bersetuju dengan cadangan kandungan modul praperkahwinan BlisS yang dikemukakan dan dibangunkan oleh Wanita IKRAM Selangor ini,” kata Dr Hanim.

Dalam pada itu, Wanita IKRAM Selangor berharap agar modul ini dapat dilaksanakan di seluruh Negeri Selangor bagi membantu pasangan belia yang akan berkahwin atau yang baru mendirikan rumahtangga.

Turut hadir mesyuarat tersebut wakil Unit Pembangunan Ekonomi Kerajaan Negeri, Jabatan Pembangunan Wanita, LPPKN Negeri dan wakil JAIS, Timbalan Ketua Wanita IKRAM Selangor Dr Maznah Ahmad, Bendahari, Hjh Rahana Mat Ghani serta JK Jaringan, Hjh Yuzaila Yusof.

Pada 2 April lalu, satu Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal pertama Program Pra Perkahwinan ‘Bijak Pengantin Selangor’ (BlisS) telah diadakan. Selain wakil Pejabat Exco dan Wanita IKRAM Selangor, turut hadir Pn Moli daripada Pusat Khidmat Masyarakat DUN Seri Serdang.

Semoga program yang dirancang dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat serta mencapai sasaran kerajaan Selangor, insya-Allah.

Last modified on Thursday, 11 April 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!