wrapper

Berita Terkini

الأحد 17 ذو الحجّة 1440   |   Monday 19 August 2019


BANGI - Satu pertemuan telah berlangsung antara pimpinan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dengan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) semalam di sini.

Pertemuan ini adalah dalam rangka mengukuhkan hubungan IKRAM-WADAH-ABIM, bertukar pandangan tentang perkembangan semasa dalam negara serta membincangkan kerjasama strategik bagi mengembangkan dakwah di Malaysia.

IKRAM diwakili oleh Presiden, Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad manakala WADAH diwakili oleh Ahmad Azam Ab Rahman selaku Presiden.

Turut hadir mewakili IKRAM dalam pertemuan itu adalah Timbalan Presiden Prof Madya Hj Badlishah Sham Baharin, Setiausaha Agung Hj Mahdzir Md Isa serta beberapa orang Ahli Jawatankuasa Pusat.

Turut hadir mewakili  WADAH pula adalah Timbalan Presiden Ab Halim Ismail, Naib Presiden Abdul Khudus Mohd Naaim dan Naharuddin Abdullah serta Setiausaha Agung Mohd Halimi Abdul Hamid.

IKRAM amat mengalu-alukan jalinan kerjasama seperti ini demi bersama-sama membangunkan Malaysia menjadi Negara Rahmah.

Last modified on Wednesday, 27 February 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd