wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 16 صفر 1441   |   Wednesday 16 October 2019

YOGYAKARTA - Mesyuarat Tahunan Southeast Asia Humanitarian Commitee (SEAHUM) Ketiga telah sebulat suara melantik Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar sebagai Presiden badan kemanusiaan Asia Tenggara itu bagi sesi 2019-2022.

Sembilan perwakilan NGO kemanusiaan telah bersepakat melantik beliau atas dasar MyCARE adalah sebuah NGO yang berpengalaman, dipercayai juga telah lama menyertai SEAHUM dan bekerjasama dengan beberapa agensi kemanusiaan Asia Tenggara.

"Persetujuan telah diberikan kepada MyCARE. Dengan lafaz Bismillah, kami sebulat suara memberikan mandat ini kepada organisasi MyCARE,” kata Pengerusi Mesyuarat, Dr Imam Rulyawan, MARS.

Mesyuarat yang berlangsung pada 21-23 Februari itu juga bersetuju melantik Naib Presiden I Jabatan Advokasi dan Diplomasi daripada NGO PAHAM Indonesia dan Timbalannya daripada Yayasan Ummatee Thailand.

Dalam pada itu, Naib Presiden II dalam Bidang Kerjasama dan Sinergi adalah daripada HALUAN disertai oleh Timbalannya iaitu Global Ehsan Singapura, manakala Naib Presiden III Jabatan Pembinaan Kapasiti daripada Rumah Zakat Indonesia.

“Setiap organisasi dalam SEAHUM memiliki fokus untuk kemanusiaan. Dalam hal ini, pentingnya pengalaman untuk menjaga visi, misi dan melanjutkan perjalanan, sehingga berpeluang untuk terus dikelola dengan baik, dapat membuka jalur dan saling sinergi, merekrut banyak lagi anggota SEAHUM,” ujar Dr Imam Rulyawan.

Mesyuarat tahunan ini diakhiri dengan penyerahan bendera SEAHUM secara simbolik oleh Presiden sesi sebelumnya, Dr Imam Rulyawan kepada Pengerusi MyCARE, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dan Presiden SEAHUM baharu, Hj Kamarul Zaman.

Last modified on Tuesday, 26 February 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd