wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 10 جمادى الأولى 1440   |   Wednesday 16 January 2019


SERI KEMBANGAN - “Suri rumah adalah golongan yang tidak terlepas daripada tekanan hidup,” kata Pengerusi Suri Rumah Rahmah (SRR), Puan Huda Nawawi dalam kenyataan media semalam.

“Tetapi masih ramai lagi yang tidak menyedari hal ini dan beranggapan suri rumah tidak mungkin menghadapi stres kerana suri rumah duduk di rumah dan ‘tidak bekerja’, tanggapan dan persepsi begini adalah sama sekali tidak benar.”

Huda turut memuji usaha murni TV3 yang telah menyiarkan rancangan Wanita Hari Ini (WHI) TV3 pada 2 Januari 2019 yang membincangkan tajuk “Stres Dalam Kalangan Suri Rumah”.

“Liputan yang baik ini merupakan satu usaha murni daripada pihak media dalam memberi kesedaran kepada masyarakat tentang isu-isu berkaitan suri rumah,” ujar beliau.

Dalam pada itu, SRR telah membuat satu tinjauan dan soal selidik berkaitan dengan isu suri rumah ini pada awal penubuhannya.

“Soal selidik tersebut telah dijalankan dalam kalangan ahli kami yang berumur 45 tahun ke bawah dan hasil dapatannya adalah 67% suri rumah merasakan bahawa cabaran paling besar dalam kehidupan suri rumah adalah pembangunan diri (termasuk emosi) serta imej dalam masyarakat, yang merupakan dua isu utama yang cuba SRR juarai dan berikan solusi,” jelas Huda lagi.

Menurut Huda, SRR akan terus komited mengangkat isu-isu berkaitan suri rumah demi kelangsungan institusi keluarga dalam menuju Malaysia Negara Rahmah.

“Suri Rumah Rahmah (SRR) menyeru masyarakat agar bersama-sama peka dan prihatin terhadap isu-isu suri rumah sebagaimana usaha murni pihak TV3 dalam mengetengahkan isu ini.”

Sebelumnya, SRR telah menganjurkan seminar ‘Suri dan Emosi’ sebanyak dua kali pada tahun 2018 yang lalu dan mendapat sambutan yang baik daripada suri rumah.

Seminar yang berlangsung di Bangi dan Melaka itu bertujuan membantu golongan suri rumah memahami serta sekaligus membantu mereka menangani stres yang berlaku.

FB: https://www.facebook.com/surirumahrahmah/

Last modified on Thursday, 10 January 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd