wrapper

Berita Terkini

الخميس 15 رجب 1440   |   Thursday 21 March 2019


JITRA - Program "Konvensyen Agama Islam For All” (KAIFA 2018) telah diadakan pada 24 dan 25 Disember 2018 yang lalu bertempat di perkarangan Masjid Sharifah Fatimah, di sini.

Konvensyen anjuran Masjid Sharifah Fatimah dengan kerjasama Lembaga Zakat Negeri Kedah, Hidayah Centre Foundation (HCF), PERKIM dan ABIM telah dirasmikan Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu, YB Dato' Ir Haji Amiruddin Hamzah. Presiden MACMA, Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin turut hadir sebagai tetamu jemputan.

“Apa yang menariknya, pihak masjid bukan sahaja meraikan golongan Muslim asnaf, malah turut meraikan komuniti bukan Islam yang termasuk dalam kategori sama untuk diberikan sumbangan bantuan persekolahan bagi anak-anak mereka,” ujar urus setia program.

Program yang telah memasuki tahun ketiga penganjurannya ini adalah sebagai masjid contoh dalam negeri Kedah kerana menjalankan program seumpama ini.

“Seramai 300 orang komuniti bukan Islam dan lebih 500 orang jumlah kehadiran keseluruhannya termasuk anak kariah telah menerima bantuan persekolahan.”

Menurutnya, secara keseluruhannya program ini mendapat respons yang sangat baik daripada semua termasuk komuniti bukan Islam kerana ada yang pertama kali mendapat bantuan sumbangan daripada pihak masjid dan pertama kali juga berpeluang memasuki ruangan masjid.

“Ternyata program ini secara tidak langsung telah berjaya meningkatkan fungsi atau peranan masjid dalam menjaga kesejahteraan dan keharmonian antara kaum dalam kariahnya,” ujarnya lagi.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa program ini adalah Forum Bertajuk "Mengapa Kami Memeuk Islam?" yang diadakan pada 24 Disember malam dan hari berikutnya diteruskan dengan aktiviti Sumbangan Back to School kepada golongan asnaf, mualaf dan bukan Islam yang memerlukan.

Turut diadakan Mosque Tour, Street Soccer Harmoni, Kenduri Perpaduan Kaum, Kelas Pengenalan Bahasa Jepun, Pameran Kebudayaan Cina Muslim oleh MACMA, Potong Rambut Percuma, Pameriksaan Kesihatan dan Gigi Percuma, Derma Darah, Pameran oleh Kolej Komuniti dan Persembahan Nasyid.

Lagi foto program: https://bit.ly/2SK52AU

Last modified on Tuesday, 08 January 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!