wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 10 جمادى الأولى 1440   |   Wednesday 16 January 2019


SERDANG - Para pendidik adalah penyambung risalah dan tugas membangunkan dan mentarbiah insan adalah satu tugas yang mulia, kata Ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Jusni Yusoff.

“Malaysia Baharu perlu nilai tambah yang lebih lestari iaitu individu dan masyarakat soleh yang mengisi negara lalu mengangkat suatu tamadun mulia dan ia memerlukan dakwah Islamiah inklusif Rahmatan Lil ‘Alamin. Persoalannya, di mana kita?” soal beliau.

“Selain murid-murid, para guru, para kakitangan, para ibu bapa, pembekal-pembekal, jiran-jiran, pihak berkuasa dan sekolah-sekolah lain juga antara kumpulan sasaran dalaman dan persekitaran yang patut kita santuni agar mesej yang dibawa menerobos ke setiap akar umbi,” ujar Jusni.

Beliau menyampaikan ucapan yang bertajuk “Menerobos Akar Umbi: Peranan Amal Dakwah dan Tarbiah Muallimin dan Muallimat di Sekolah Rendah Islam dan Sekolah Menengah Islam” dalam Majlis Taklimat Tarbiah IKRAM MUSLEH (MTTIM) 2018 pada 1 Disember lalu di Auditorium Rashdan Baba, UPM di sini.

Seramai lebih 283 peserta ke program tahunan yang bertemakan “Murabbi IKRAM MUSLEH: Daie, Murabbi, Mujahid” ini yang terdiri daripada para pengurus tarbiah, para pendidik dan staf sekolah-sekolah rangkaian dan rakan IKRAM MUSLEH di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Majlis turut diserikan lagi dengan ucaptama daripada ilmuan terkenal, Tan Sri Emeritus Prof Ulung Dr Mohd Kamal Hassan yang bertajuk “Hubung kait antara Ilmu Sains dan Tarbiah Islamiah.”

“Orang yang mempunyai akal yang murni dan bersih daripada kekotoran serta sedar terhadap realiti Hari Akhirat, mereka amat bimbang seandainya pada Hari Akhirat nanti mereka akan di masukkan ke dalam neraka akibat daripada aktiviti, kelakuan atau sikap mereka yang bertentangan dengan hukum-hukum Allah SWT,” ujar beliau dalam ucaptamanya.

Tambah beliau lagi, lantas mereka memohon ampun dan belas kasihan Allah SWT atas kesalahan-kesalahan yang mereka telah lakukan.

“Sikap ulu al-albab seperti itulah yang harus dijadikan model ikutan oleh para ilmuwan yang mendalami ilmu sains.  Sifat-sifat dan sikap sedemikian merupakan natijah daripada tarbiah Islamiah, satu proses pembangunan insan secara holistik dan bersepadu yang berlainan sama sekali dengan proses pendidikan sains sekular dan moden.”

Dalam perkembangan berkaitan, perbincangan menarik mengenai ucaptama yang disampaikan itu dirancakkan lagi dengan perkongsian bermanfaat daripada Pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Nur Jannah Hassan mengenai “Sains Tabi'i Daripada Pandangan Semesta al-Quran: Suatu Paradigma Penting dan Perlu dalam Tarbiah.”

Pada sebelah petangnya pula, Konsultan Pendidikan IKRAM MUSLEH, Sheikh Mohamed Hamed Eliwa menyampaikan pengisiannya yang santai dan bersahaja bertajuk “Kepentingan Tarbiah dan Pembinaan Insan” yang menjelaskan ciri-ciri yang perlu ada dan diamalkan oleh pendidik dalam mendidik generasi Rabbani.

Last modified on Thursday, 13 December 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd