wrapper

Berita Terkini

الخميس 15 رجب 1440   |   Thursday 21 March 2019


KOTA BHARU - Pasukan Malaysians Against Pornography (MAP) Kubang Kerian telah menyertai Program Teddy Bear Hospital (TBH) pada 30 November dan 1 Disember 2018 yang lalu di Dataran Muhammadi di sini.

Program anjuran bersama Royal Guest House dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di bawah program besar "Kota Bharu Kita Punya" bertujuan menghilangkan rasa takut kanak-kanak apabila pergi ke hospital selain mendidik dan memberi kesedaran kepada mereka.

YAM Tengku Dato Abdul Halim al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ibrahim yang merupakan Tengku Laksamana Kelantan telah mencemar duli merasmikan program ini.

“TBH ini berkonsepkan aktiviti kanak-kanak membawa teddy bear masing-masing pergi berjumpa doktor, doktor gigi, ahli nutrisi, melakukan X-ray dan MRI, berzumba bersama teddy bear, bagaimana melindungi teddy bear daripada pedofilia dan banyak lagi,” ujar pengarah program.

“Di booth Teddy Be Safe, kanak-kanak disajikan dengan aktiviti-aktiviti interaktif yang menarik, antaranya aktiviti Emotion Hopscotch (teng teng) dan Emotion Board Game.”

Melalui aktiviti ini jelasnya, kanak-kanak dapat lebih mengenali setiap jenis perasaan dan boleh membezakannya apabila berlaku kecemasan.

“Sambil bermain aktiviti tersebut, mereka juga diminta untuk meluahkan dan menceritakan apa yang menyebabkan mereka berperasaan sedih, gembira, takut, marah dan lain-lain,” katanya.

Selain itu, turut disediakan slot Kenali Perasaan, Diri Saya Hak Saya, Sentuhan Selamat vs Tidak Selamat yang melibatkan aktiviti bersama teddy bear masing-masing.

“Untuk anak-anak yang meniti usia remaja pula, disediakan aktiviti Roda Kehidupan untuk menguji kefahaman tentang baligh, slot Meniti Usia Baligh dan slot Bahaya Pornografi iaitu sebahagian daripada modul MAP.”

Beliau berkata, sepanjang dua hari berprogram, banyak respons positif yang diterima oleh pihak MAP dan diharapkan usaha kecil ini memberi perubahan yang besar kepada masyarakat.

“Ayuh, bersama-sama kita membina masyarakat yang lebih sejahtera, holistik dan kuat jati diri demi masa depan generasi akan datang.”

Turut membantu menjayakan booth Teddy Be Safe ini ialah sukarelawan mahasiswa daripada USM.

Last modified on Monday, 10 December 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!