wrapper

Berita Terkini

الإثنين 3 ربيع الثاني 1440   |   Monday December 10 2018


SEPANG - Menteri Pendidikan, YB Dr Hj Maszlee Malik telah meluangkan waktu bersama dalam Majlis Pelepasan Kontinjen Kelab Remaja Sekolah (KRS) MUSLEH ke Kem Ukhuwah Nasional (KEMNAS IV) Sako SIT 2018 di Jakarta pada awal pagi tadi di KLIA2.

Dalam ucapan ringkas, beliau berharap para peserta perkhemahan kali ini membawa nama baik negara dan menjadi yang terbaik semasa perkhemahan berkenaan berlangsung.

"Saya berharap para pelajar akan berdisiplin dan dinamik, akan pulang ke Malaysia nanti dengan semangat yang berbeza dan cita-cita yang baharu, keazaman yang baharu dan seterusnya menjadi aset kepada negara," tambah beliau.

Menurut ketua rombongan kontinjen, Mejar Abd Rahaim Md Isa, seramai 297 anggota KRS MUSLEH dari 27 buah sekolah rendah dan menengah rangkaian IKRAM MUSLEH termasuk pegawai-pegawai, guru-guru pengiring dan para pelajar berlepas melalui tiga penerbangan.

Beliau berkata, KEMNAS IV ini akan berlangsung selama empat hari tiga malam, dari 16 hingga 19 November 2018 di tapak perkhemahan Buperta, Cibubur, Jakarta.

“Dijangkakan sejumlah 14,000 orang anggota dari Indonesia dan Thailand termasuk dari Malaysia akan berhimpun di KEMNAS kali ini.”

Dalam pada itu, Kontinjen KRS MUSLEH akan berada di sana lebih lama iaitu bermula hari ini hingga 22 November untuk melakukan lawatan sambil belajar di Taman Sains, Jakarta.

“Mereka juga akan melawat Sekolah Ummul Qura, Bogor serta Desa Bantar Sari, Bogor selepas perkhemahan tamat," kata Rahaim lagi.

Turut serta dalam rombongan ke Jakarta ini adalah Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor, Pengarah Eksekutif IKRAM MUSLEH.

KEMNAS IV dianjurkan untuk meningkatkan karakter kemandirian, keteguhan dan ketrampilan, jiwa kepemimpinan, semangat persaudaraan, persatuan dan kesatuan berlandaskan nilai-nilai Islam.

Last modified on Thursday, 15 November 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

    

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!