wrapper

Berita Terkini

الأحد 32 ربيع الأوّل 1440   |   Monday December 10 2018


KUBANG KERIAN - Program santai ‘Mothers Club Meet Up’ anjuran IKRAM Junior Kubang Kerian telah berjaya diadakan pada 6 November 2018, di Masjid al-Sultan Ismail Petra, di sini.

Merupakan program lanjutan dan kesinambungan daripada program Kids Playgroup & Mothers Club @ Masjid pada dua minggu lalu, ia telah mengumpulkan 15 orang para ibu.

Program telah di mulakan dengan sesi taaruf untuk mengenali lebih dekat sesama para ibu.

“Para ibu daripada pelbagai latar belakang berjaya disatukan. Mereka terdiri daripada suri rumah, 'speech therapist', pengusaha taska, doktor dan peniaga online,” kata Pengarah program.

Beliau berkata, ada yang berusia semuda 25 tahun dan ada juga ibu yang sudah ada lima orang cucu yang menyertai program ini.

“Walaupun para ibu datang bersama anak-anak, mereka masih boleh fokus kepada perbincangan dan pengisian program,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, terdapat bebarapa aktiviti untuk anak-anak di Kids Corner dengan kendalian oleh beberapa orang fasilitator.

“Antara yang menarik perhatian para ibu adalah isu berkenaan kemenjadian anak-anak iaitu proses membesarkan anak-anak menjadi ‘lebih manusia’ supaya di akhirnya anak-anak dapat menyumbang semula kepada masyarakat.”

Program diteruskan dengan sesi tazkirah dan 'parenting talk' berkenaan Kemahiran Komunikasi dengan Anak-anak yang disampaikan oleh Jawatankuasa Pembangunan Wanita IKRAM Kubang Kerian dan juga Pengerusi Rangkaian Tadika Naluri Kreatif, Puan Nurul Hanan Arifin.

“Isu berkenaan komunikasi dengan anak-anak juga telah membuka mata para ibu betapa pentingnya komunikasi yang efektif dalam membentuk tingkah laku anak-anak.”

Menurutnya, melalui sesi ini juga, para ibu dapat saling berkongsi masalah, tip dan pengalaman.

Dalam perkembangan berkaitan, sesi taaruf diteruskan lagi ketika menjamu selera sambil membincangkan berkenaan pelan tindakan kebersihan dan keceriaan Kids Corner di masjid tersebut.

“Para ibu yang hadir bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada sukarelawan di Kids Corner ini. Insya-Allah, program sebegini akan diadakan lagi dan semoga semua pihak yang terlibat mendapat manfaat daripadanya.”

Last modified on Wednesday, 14 November 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

    

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd