wrapper

Berita Terkini

الخميس 8 ربيع الأوّل 1440   |   Friday November 16 2018


KUALA LUMPUR - Naib Presiden IKRAM, Ustaz Hj Burhanuddin Lukman telah menghadiri Persidangan Meja Bulat: “Falsafah dan Tatacara Hukuman Jenayah Syariah dalam Mencapai Matlamat Rahmatan lil Alamin” pada Isnin lalu.

Diskusi anjuran bahawa International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Dr Mujahid Yusof.

Dalam ucapannya, Dato' Mujahid menggesa supaya sistem kehakiman Syariah melaksanakan keseimbangan dalam penghakimannya dan tidak hanya memberi tumpuan kepada hukuman agar ia selaras dengan prinsip Islam sebagai ‘rahmatan lil alamin’.

Katanya, falsafah "Rahmatan Lil Alamin" (rahmat buat seluruh alam) seperti yang terkandung dalam al-Quran diperlukan bagi menangani persepsi negatif yang semakin meningkat terhadap sistem kehakiman mahkamah syariah.

"Perlu ada keseimbangan antara hukuman dan pemulihan dalam pelaksanaan hukuman mengikut undang-undang Syariah," kata Mujahid.

"Falsafah badan kehakiman mestilah beralih daripada menghukum demi melaksanakan kepentingannya kepada falsafah hukuman pemulihan yang lebih bertimbang rasa."

Sebanyak empat pembentangan telah dikemukakan dalam persidangan meja bulat ini oleh Pengasas IAIS Malaysia, Prof Mohammad Hashim Kamali dan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Prof Adjung Dato' Dr Mohd Naim Mokhtar.

Turut menyampaikan pembentangan pensyarah UIAM, Prof Madya Dr Zulfakar Ramlee dan Ketua Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-undang, Jabatan Peguam Negara, Dr Arik Sanusi Yeop Johari.

Usai pembentangan, sesi diteruskan dengan perbincangan daripada semua tetamu jemputan yang terdiri daripada para mufti negeri, ketua-ketua hakim syarie, bahagian-bahagian penguatkuasaan syariah, agensi penyelidikan dan dasar serta wakil-wakil NGO Islam diikuti dengan rumusan persidangan.

Sumber: benarnews.org

Last modified on Thursday, 11 October 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

    

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!