wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 20 رجب 1440   |   Wednesday 27 March 2019


SERI KEMBANGAN - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) sejak daripada dahulu sentiasa konsisten menentang sebarang bentuk manipulasi, penderaan, ketidakadilan dan penindasan kepada kanak-kanak.

"Sewajarnya institusi tahfiz dihormati dan kesalahan individu tidak wajar dikaitkan dengan institusi berkenaan sebagaimana pepatah Melayu, "Marahkan nyamuk, kelambu dibakar"," tegas beliau dalam satu kenyataannya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau meminta semua pihak tidak mengeluarkan sebarang spekulasi berhubung kes sembilan pelajar tahfiz yang diliwat pengetua mereka.

“Spekulasi hanya akan menimbulkan polemik yang lebih besar dan semua pihak diminta untuk menunggu keputusan yang bakal dikeluarkan oleh mahkamah.”

Beliau berkata, membina persepsi dan spekulasi terhadap institusi berkenaan hanya menyuburkan bibit Islamofobia yang sepatutnya tidak berlaku di negara umat Islam berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia.

“Kami berharap semua pihak dapat menggunakan kebijaksanaan akal dan ilmu bagi mendepani isu seperti ini supaya tidak terpandu oleh emosi yang mengatasi simpati dan empati,” tegasnya.

Menurutnya, keadilan adalah selama-lamanya tunjang yang utuh dalam Islam walaupun terhadap individu yang dibenci.

“Sejujurnya, kami akui bahawa institusi tahfiz seperti mana-mana institusi pendidikan yang lain, ada kelemahan yang perlu diperbaiki.”

Justeru dalam kenyataannya itu, beliau meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pihak mahkamah.

“Semoga mendung ini bakal berlalu dan menghadirkan sinar kecemerlangan buat institusi tahfiz di Malaysia kerana sudah sampai masa untuk mempertimbangkan beberapa cadangan bagi memperkemaskan urus tadbir institusi pendidikan tahfiz negara,” ujarnya.

Tambahnya lagi, Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA) hendaklah terus diperkasakan dan pemantauan berkala urus tadbir dan kebajikan pelajar Ma’ahad Tahfiz di setiap kawasan dijalankan oleh Ahli Parlimen kawasan.

Dalam pada itu, beliau menyambut baik cadangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Hajah Fuziah Salleh, bagi pendaftaran Ma’ahad Tahfiz (yang tidak berdaftar) adalah satu cadangan yang wajar dipandang serius.

Sebelumnya, seorang guru agama, yang juga pengetua sebuah pusat tahfiz di Kepong, ditahan polis kerana dipercayai meliwat sembilan pelajar pusat tahfiz berkenaan.

Suspek berusia 30 tahun itu ditahan sehari selepas polis menerima laporan kes berkenaan yang dibuat oleh seorang guru lelaki pusat tahfiz berkenaan pada 13 September yang melibatkan pelajar berusia antara lingkungan 11 hingga 16 tahun.

Last modified on Wednesday, 26 September 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!