wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 6 صفر 1440   |   Wednesday October 17 2018


SERI KEMBANGAN - Sempena kempen kesihatan i-FIT, telah berlangsung Ceramah Kesihatan berkaitan penyakit tiga serangkai yang disampaikan oleh Dr Sazrina Amran kepada kakitangan Ibu Pejabat IKRAM di sini semalam.

“Sebagaimana diketahui, penyakit tiga serangkai ini sering dikaitkan dengan diabetes mellitus iaitu gula yang tinggi, hypertension iaitu berkaitan tekanan darah tinggi dan dyslipidaemia berkaitan kolestrol.”

Beliau yang berkelulusan sarjana muda perubatan dari National University of Ireland, Galway pada 2007 turut menerangkan bagaimana penyakit tiga serangkai ini terjadi kepada seseorang.

“Faktor kebiasaan terjadinya penyakit tiga serangkai ini sering dikaitkan dengan cara hidup, persekitaran dan pemakanan,” kata beliau.

Dr Sazrina berkata, tiga penyakit ini membuatkan seseorang itu berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kardiovaskular (jantung).

“Tujuan penyakit-penyakit ini dirawat adalah untuk mengurangkan penyakit kardiovaskular.”

Beliau yang  bertugas sebagai pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak menerangkan bahawa kebanyakan mereka yang menghidapi diabetes mellitus, hypertension dan dyslipidaemia ini, yang mana akhirnya mereka meninggal dunia adalah disebabkan serangan jantung atau kegagalan jantung.

“Penyakit kardiovaskular adalah punca kematian yang paling tinggi di Malaysia bagi perempuan dan lelaki,” ujar Dr Sazrina lagi.

Dalam ceramah tersebut, Dr Sazrina turut mengetengahkan bahawa seseorang pesakit paling tidak menghidapi satu penyakit sebagaimana data yang dibacakan iaitu darah tinggi 65%, kolestrol dan diabetes 37%.

“Kenapa ada dua orang yang sama makan nasi sama banyak, seorang besar dan seorang kecil?” soalnya kepada audien.

Sehubungan dengan itu, beliau menerangkan bahawa kadar metabolisme adalah ditentukan genetik.

“Pada masa yang sama kita boleh meningkatkan metabolisme dengan cara lebih banyak bergerak, lebihkan fibre (serat) dan air kosong.”

Sebelum sesi ceramah berakhir pelbagai soalan kesihatan diajukan kepada Dr Sazrina yang mana menunjukkan betapa kakitangan Ibu Pejabat IKRAM sangat peka dan peduli terhadap kesihatan mereka.

Ceramah Kesihatan sempena kempen i-FIT ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat, memupuk amalan pemakanan sihat serta membudayakan aktiviti fizikal sebagai rutin hidup seharian.

Last modified on Friday, 28 September 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

    

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd