Print this page


SERI KEMBANGAN - Jawatankuasa Khidmat Masyarakat (i-Bantu) Negeri Perlis melancarkan Tabung Kecemasan Perlis bagi mengajak orang ramai bersama-sama membantu meringankan beban keluarga yang terlibat dilanda ribut pada Isnin lalu.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam 09010 0100 59230 atas nama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Perlis dengan rujukan "kecemasan perlis". Sila hantarkan slip sumbangan kepada Puan Rohana Alias (013-480 8686).

Menurut laporan Bernama, sebanyak 56 rumah di beberapa kampung dan kawasan perumahan di Perlis mengalami kerosakan selepas dilanda ribut.

Antara kawasan yang terlibat ialah Mata Ayer, Bintong, Kayang, Beseri, Sena, Chuping, Kuala Perlis dan Pauh.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis, kejadian itu juga menyebabkan banyak kemudahan awam rosak selain 156 pokok dilaporkan tumbang sehingga menghalang laluan di jalan-jalan utama.

Ia turut mengakibatkan empat orang maut kerana kemalangan semasa ribut dan 38 buah sekolah mengalami kerosakan teruk.

Last modified on Thursday, 20 September 2018
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd