wrapper

Berita Terkini

السبت 11 المحرّم 1440   |   Saturday September 22 2018


JOHOR BAHRU - Wanita IKRAM Johor telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra NGO Wanita Johor yang diadakan pada 1 September lalu di Goodhope Hotel yang dirasmikan oleh Exco Pembangunan Wanita dan Pelancongan Johor, YB Liow Cai Tung.

Majlis ini merupakan salah satu usaha untuk mengajak rakan-rakan NGO wanita lain berganding bahu menyokong dan mendokong inisiatif pihak kerajaan khususnya di bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menurut Ketua Wanita IKRAM Johor, Prof Madya Dr Siti Zaiton Mohd Hashim, lebih 20 NGO telah dijemput menghadiri majlis yang berobjektifkan untuk menjalinkan hubungan bersama rakan-rakan NGO wanita di Johor dan berkongsi aspirasi dalam membina masyarakat harmoni.

“(Objektif) seterusnya, meneroka ruang-ruang kerjasama dalam menjalankan aktiviti-aktiviti pembangunan wanita, keluarga dan kemasyarakatan yang ke arah kemaslahatan dan kesejahteraan masyarakat dan seterusnya mencetuskan idea penubuhan Gabungan NGO Wanita Johor,” ujarnya dalam suatu kenyataan sempena majlis tersebut.

Menurutnya, walaupun negara telah lama merdeka, masyarakat Malaysia masih lagi dibelenggu dengan pelbagai masalah sosial khususnya yang melibatkan wanita, kanak-kanak, remaja dan institusi keluarga.

“Antara isu yang banyak dihadapi kebelakangan ini ialah penderaan kanak-kanak termasuk penderaan seksual, fizikal dan emosi kanak-kanak, penglibatan anak-anak remaja dengan gejala pornografi dan zina, isu keganasan rumahtangga, keruntuhan institusi keluarga dan lain-lain.”

“Bagi menangani pelbagai isu yang berlaku dan membina sebuah negara Malaysia yang harmoni, sudah tentu memerlukan usaha kolektif daripada pelbagai pihak termasuk dalam kalangan ibu bapa, para pendidik, badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta agensi kerajaan dan swasta,” tegasnya.

Dalam pada itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga sedang merancang dan melaksanakan berbagai inisiatif berkaitan sesuai dengan fungsi Kementerian.

“Wanita IKRAM percaya bahawa dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan wanita, kanak-kanak dan keluarga, ianya tidak akan bergerak sendirian malah bersedia menjalin hubungan dan membina gabungan dengan pertubuhan wanita yang lain,” kata Zaiton.

Dalam pada itu, katanya, penubuhan sebuah gabungan NGO Wanita khususnya di Johor dirasakan sangat penting kerana yakin sebuah kejayaan sukar dicapai sekiranya di usahakan secara bersendirian.

Menurutnya, beberapa fokus yang dicadangkan diterajui oleh gabungan ini ialah:

  1. 1. Pengukuhan Institusi Keluarga
  2. 2. Isu Keganasan Terhadap Wanita
  3. 3. Wanita dan Undang-undang
  4. 4. Pornografi dan gejala zina
  5. 5. Keselamatan Kanak-kanak (Staying Safe)
  6. 6. Penderaan seksual, fizikal dan emosi kanak-kanak
  7. 7. Keselamatan Siber

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru semua pihak untuk menggembleng tenaga dan berusaha membina masa depan yang terbaik untuk negara.

“Semoga kesepakatan dan gandingan usaha berbagai NGO ini mampu memberi kesan besar ke arah membina negara Malaysia yang harmoni dan sejahtera.”

Sebagai sayap kepada Pertubuhan IKRAM Malaysia, beliau berkata, Wanita IKRAM berperanan bersama-sama menggembleng tenaga wanita bagi melaksanakan strategi bagi mencapai wawasan IKRAM.

Beliau berkata, Wanita IKRAM juga turut memberi fokus kepada usaha-usaha pembangunan kanak-kanak ke arah membina generasi yang sihat dan berakhlak mulia serta berusaha membangun keluarga ke arah melahirkan sebuah masyarakat yang progresif dan sejahtera.

Dalam majlis ramah mesra itu, antara wakil-wakil NGO yang hadir adalah daripada Puspanita, Pelitawanis, IWPG, JEWEL, JIEWA, Haluanita, Helwa ABIM, Salwa ABIM, Rose2Rose, Perwanin, LKPIM, MAPIN, Puteri Islam, MUTIARA JCorp, Pers Down Sindrom dan Jiran Wanita.

Last modified on Wednesday, 05 September 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

    

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!