wrapper

Berita Terkini

الأحد 32 ربيع الأوّل 1440   |   Monday December 10 2018


SERI KEMBANGAN - Aktivis kemasyarakatan, Dr Hamidah Mat berkata, budaya kesukarelawanan harus disemarak dan dibangkitkan kembali dalam masyarakat Malaysia.

“Budaya menyumbang tanpa mengharapkan balasan ini harus ditanam dan dipupuk semenjak kecil,” jelasnya dalam kolum Sinar Islam.

Beliau adalah seorang yang aktif dalam beberapa program pendidikan ketika di United Kingdom dan penglibatan ini menurutnya, bukan sahaja dapat memberikan manfaat kepada orang lain, tetapi juga tarbiah dan latihan yang menginsafkan kepada diri sendiri.

“Apabila kita menyertai NGO (Dapur Jalanan), saya dapat rasakan ia adalah  wadah atau tempat paling sesuai untuk saya menyumbang bakti kepada mereka yang memerlukan.”

Lebih mengagumkan ujarnya, golongan pelajarlah yang paling ramai terlibat dengan program amal ini dan sanggup keluarkan duit sendiri untuk disumbangkan kepada yang memerlukan, walaupun masih belum ada pendapatan tetap, namun usaha mereka untuk membantu itu amat disanjung tinggi.

“Saya juga terlibat dengan IKRAM. Banyak aktiviti dan program kemasyarakatan yang dianjurkan bersama, sama ada sesama ahli mahupun untuk masyarakat luar tanpa mengira bangsa dan agama,” jelas Dr Hamidah.

Beliau berkata, program IKRAM kebanyakannya bertemakan ilmu dan kebajikan dan kini peranan beliau dalam isu-isu pendidikan menjadi lebih signifikan apabila menjadi tulang belakang suaminya, Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.

“Bagi saya, ilmu yang ada perlu dikongsi dan bukan untuk disimpan sendiri sahaja.”

Tambahnya lagi, menerusi misi kemanusiaan bersama gelandangan yang disertai, banyak pengajaran dan iktibar yang boleh diambil.

“Antaranya, menilai kesusahan diri sebenarnya lebih kecil jika nak dibandingkan dengan masalah yang terpaksa ditanggung oleh orang lain,” jelasnya.

Beliau berkata, asas kepada kesedaran kesukarelawanan itu adalah sifat hormat- menghormati antara satu sama lain.

“Setiap individu itu harus berusaha mengenal pasti potensi dan kelebihan yang ada, supaya boleh dimanfaatkan kepada pihak yang memerlukan dan kelebihan itu perlu dimanfaatkan ke jalan yang mampu mendatangkan ganjaran yang baik.”

Beliau yang berkelulusan sarjana muda dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh di Jordan serta sarjana dan doktor falsafah di Universiti Malaya berkata, selepas berpeluang ke UK bersama keluarga, ia memberi impak dalam kehidupannya sebagai seorang ibu, isteri dan Muslimah.

“Saya berpeluang berinteraksi dengan pelbagai kelompok masyarakat. Di sana, kami disatukan dalam satu akidah. Walaupun kehidupan lebih terbuka, namun masih memegang identiti dan prinsip,” jelasnya.

Sebelumnya, beliau pernah berpeluang menjadi penolong guru di Bowburn Junior School, Durham, penasihat ko-kurikulum, pendidikan dan Bahasa Arab di Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad dan  tutor di al-Haadiyah Learning Center di Middlesborough.

Sumber: Sinar Harian

Last modified on Tuesday, 04 September 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

    

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!