Print this page

SERI KEMBANGAN - Aktiviti kempen gaya hidup sihat, i-FIT yang telah dilancarkan hampir dua bulan lalu sedang rancak dijalankan dengan sambutan yang menggalakkan oleh para kakitangan Ibu Pejabat IKRAM di sini.

Kempen i-FIT kali ini membawa sedikit kelainan apabila kakitangan telah dibahagi kepada kumpulan-kumpulan kecil sebagai salah satu motivasi kepada semua untuk sentiasa menjalani gaya hidup sihat.

Selain itu, banyak aktiviti telah dirancang oleh sekretariat i-FIT bagi memastikan kempen ini dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah aktiviti turun naik tangga secara berterusan selama 10 minit setiap minggu, hari tanpa lif, pek iftar percuma untuk menggalakkan amalan berpuasa dan perkongsian tip-tip kesihatan dan pemakanan sihat secara berkala.

Antara program yang bakal menyusul ialah ceramah kesihatan, derma darah, pertandingan ping pong, boling dan kelas aerobik.

Di samping itu juga, pelbagai inisiatif telah diambil oleh para kakitangan untuk merancang dan  mengadakan aktiviti-aktiviti sampingan lain dalam kelompok yang kecil seperti berenang, mendaki bukit, joging dan lain-lain.

Semoga kempen i-FIT hingga hujung tahun yang digerakkan dapat mencapai objektifnya dan menjadi contoh serta motivasi kepada pejabat-pejabat yang lain untuk dilaksanakan demi kesihatan para pekerjanya, insya-Allah.

Last modified on Monday, 03 September 2018
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd