wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 19 ذو الحجّة 1440   |   Tuesday 20 August 2019


SHAH ALAM - Buat julung kalinya IKRAM Muda Antarabangsa (IMAN) menganjurkan Konvensyen Negarawan IMAN (KNI) 2018 pada 4 Ogos lalu bertempat di Management and Science University, di sini.

“Antara objektif utama penganjuran konvensyen yang bertemakan ‘Kita Negarawan’ ini adalah untuk menyuntik kesedaran bagi menyumbang kepada negara mengikut kepakaran dan minat masing-masing,” kata Pengarah Konvensyen Negarawan IMAN 2018, Amar Zamran.

Beliau berkata, konvensyen ini menjadi platform diskusi dan percambahan idea melalui pertukaran pandangan buat anak muda dari pelbagai latar belakang dan pengalaman.

“KNI 2018 menjadi platform terbaik untuk mendedahkan peserta kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam isu hak sivil dan kemanusiaan serta barisan para pemikir.”

Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr Maszlee Malik turut dijemput untuk menyampaikan ucaptama konvensyen yang bertajuk "Kita Negarawan" dan turut menyeru para peserta untuk meninggalkan legasi atau kesan di sesuatu tempat atau ke atas sesebuah masyarakat.

  

“Forum Manifestasi ‘Kita Negarawan’ pula dibarisi oleh Pengasas Bersama Teach for The Needs (TFTN) Zul Fikri Zamir (ZF Zamir), Ketua Pegawai Eksekutif Raudhatus Sakinah Pn Rosmawati Zainal (Ummi Roses), Pengasas 1Moment4Them Fatiha Shuib dan Pengasas Community Policing Malaysia Kuan Chee Heng,” ujar Amar.

Selain itu, telah diadakan sesi Pengenalan NGO bersama Teo Ann Siang daripada MyCARE, bersama Dr Mohd Afiq Mohd Nor (i-Bantu), Mohd Ezzuandi @ Pakwan (Dapur Jalanan) serta ZF Zamir TFTN dan NGO yang hadir menyertai konvensyen ini turut mengambil peluang mempromosikan organisasi mereka.

“IMAN menggesa ahli dan semua peserta Konvensyen Negarawan 2018 untuk aktif membincangkan idea dan projek pembangunan negara di platform IMAN atau mana-mana platform kemasyarakatan yang sedia ada,” jelasnya ketika membentangkan tiga cadangan resolusi KNI 2018. 

Menurutnya, IMAN menggalakkan penglibatan ahli dalam NGO Negarawan sedia ada di Malaysia untuk meningkatkan minat dan mengembangkan bakat sedia ada.

“IMAN bakal mewujudkan platform perbincangan idea dan projek yang mudah, mesra anak muda serta boleh mendokong idea mahasiswa dan belia kearah pembangunan negara.”

Konvensyen ini telah berjaya menarik kehadiran 850 peserta dalam kalangan mahasiswa, graduan luar dan dalam negara yang merupakan bekas mahasiswa dari 17 negara berbeza.

“Antara negara-negara tersebut ialah Amerika Syarikat, China, Mesir, Rusia, United Kingdom, Ireland, Jepun, Korea Selatan, Poland, Perancis, Australia, Jordan, India, Jerman, Indonesia, New Zealand dan Turki.”

Last modified on Monday, 20 August 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd