wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 11 ربيع الثاني 1440   |   Tuesday December 18 2018


SERI KEMBANGAN - Bagi memudahkan pengurusan sesuatu projek, majlis atau program, Kursus Gantt Chart telah diadakan pada Selasa lalu anjuran Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia Ibu Pejabat IKRAM di sini.

“Ini bagi memudahkan kakitangan IKRAM menyusun pelaksanaan kerja yang terlibat dalam menjayakan sesuatu projek atau majlis,” kata Ketua Pegawai Operasinya, Haji Nordin Shafie.

Beliau yang juga penyampai kursus tersebut berkata, Gantt Chart ini akan digunakan ketika merancang dan melaksanakan program-program Ibu Pejabat IKRAM terutamanya Perhimpunan Tahunan IKRAM (PTI) nanti.

“Kita akan menggunakan konsep ini untuk menyiapkan tugasan PTI.”

Pada awalnya, beliau telah mengetengahkan konsep Mind Mapping kepada para peserta.

Mind Mapping berjaya memahamkan saya tentang tugas-tugas orang lain seperti tugas logistik di bawah kendalian En. Hasbullah Ismail, begitu juga yang lain,” kata pereka grafik, Nur Syazwani Ab. Wahid yang teruja mengikutinya.

Peserta turut didedahkan dengan contoh Gantt Chart dalam program yang lepas iaitu Perhimpunan Ahli Teras (PAT).

“Bagi saya, dengan menggunakan Gantt Chart ini membuatkan tugasan kerja lebih terurus, tersusun lagi sistematik,” ujar DJ Harmoni Nasional FM, Hanis Shaharuddin.

Bagi Penolong Pengurus IKRAMedia, Mohammad Hafizuddin Abdul Mukti pula, beliau menganggap kursus sebegini sebagai ulang kaji untuk diaplikasikan dalam  pengurusan mana-mana program yang dianjurkan supaya lebih lancar.

Dalam kursus ini, peserta telah dibahagikan kepada lima kumpulan bagi menyiapkan mind mapping yang membincangkan mengenai tugas-tugas Jawatankuasa Logistik, Jemputan, Media, Promosi dan Peserta.

Para peserta seterusnya menterjemahkan mind mapping tersebut kepada Gantt Chart dan meletakkan tarikh sasaran mula dan akhirnya sesuatu tugas dengan lebih terperinci.

“Semoga ilmu yang diperolehi daripada kursus ini dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian dan dalam melaksanakan tugasan kerja,” kata Eksekutif Pentadbiran dan Sumber Manusia, Izzan Nasuha Amran.

Last modified on Thursday, 16 August 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!