wrapper

Berita Terkini

الجمعة 14 شعبان 1440   |   Saturday 20 April 2019

SERI KEMBANGAN - Aktivis sosial, Mohamad Raffie Jaafar berpendapat cara yang terbaik untuk menangani LGBT adalah dengan tidak mendiskriminasi mereka.

Tambahnya, mendiskriminasi dan menyisihkan mereka daripada masyarakat akan menyebabkan perkara ini bertambah besar.

“Saya beranggapan sekiranya kita mendiskriminasi kelompok ini daripada masyarakat ia akan menyebabkan perkara lebih besar berlaku.”

Beliau yang juga mantan Presiden Persatuan Pertubuhan Amal Firdausi (Pafi) mengakui bahawa terdapat kajian menunjukkan lebih 80% transgender wanita menjadi pekerja seks.

Sebelum itu, seorang transgender wanita dikenali sebagai Liz ketika ditemui menyatakan rasa kekesalan akibat didiskriminasi di tempat kerja.

Kesannya, rakan-rakan transgendernya memilih untuk menjadi pekerja seks kerana tidak sanggup menghadapi prejudis daripada masyarakat.

Walau bagaimanapun, Raffie berkata, golongan transgender wanita kini lebih mudah mendapat pekerjaan daripada sebelumnya.

“Malah, sekarang sudah ada pihak-pihak yang memberikan bantuan dana bagi mak nyah memulakan perniagaan,” katanya yang lebih 18 tahun melakukan usaha dakwah kepada golongan LGBT.

Dalam masa yang sama, penulis novel Stigma, Dr Nur Aisyah Zainordin berpendapat stigma masyarakat yang menebal membuatkan golongan ini terperangkap kerana tidak ada sistem sokongan.

“Sudah tentu kita melayan mereka sebagai orang biasa tetapi kita tidak menyokong LGBT ini kerana boleh membawa kerosakan kepada masyarakat.”

“Saya menulis buku ini supaya kita tahu bagaimana nak bantu mereka,” tambahnya.

Raffie, Dr Aisyah dan konsultan psikologi, Dr Abdul Rahman Ahmad Badayai ditemui dalam satu forum bertajuk ‘Sembang Stigma’ di Imanshoppe, Seri Kembangan.

Kredit foto: Iman Shoppe

Last modified on Monday, 30 July 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!