wrapper

Berita Terkini

الإثنين 8 ذو الحجّة 1439   |   Monday August 20 2018


BANDAR BARU BANGI - Mereka yang ingin berumahtangga disaran supaya mempersiapkan diri dengan ilmu, menurut Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), En. Adzhar Ismail semasa merasmikan Seminar Gerbang Mahligai Sakinah 2018.

“Selain tolak ansur dan kesabaran yang tinggi, individu yang ingin melangkah ke alam perkahwinan perlu mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang mana antaranya boleh diperoleh melalui pembacaan dan menghadiri seminar kekeluargaan seperti Seminar Gerbang Mahligai Sakinah ini,” kata beliau.

Seminar pra-perkahwinan tahunan yang berlangsung di Dewan Teater NIOSH di sini pada 7 dan 8 Julai lalu telah dihadiri seramai 100 orang peserta daripada pelbagai negeri, anjuran Jawatankuasa Pemantapan Kesejahteraan Ahli (PeKA) IKRAM dan buat julung kalinya diadakan dengan kerjasama LPPKN.

Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada peserta yang telah mengikut seminar ini, majoriti memberi maklum balas yang sangat baik serta sangat teruja dengan kandungan modul yang komperehensif dan bermanfaat kepada semua bakal pengantin.

“Turut dicadangkan agar masa seminar ini dipanjangkan menjadi dua hari selain diluaskan capaian promosi supaya lebih ramai mendapat kefahaman dalam mempersiapkan diri menempuh alam rumahtangga,” kata Pengarah Seminar Gerbang Mahligai Sakinah, Pn. Nur Idayu Abd Rahman.

Tambahnya, sesi satu hari setengah Seminar Gerbang Mahligai Sakinah ini padat dengan pengisian slot-slot menarik seperti  Asas Perkahwinan daripada Perspektif Psikologi dan Syarie, Undang-undang Keluarga, Pengurusan Kewangan, Asas Komunikasi dan Pengurusan Kesihatan Reproduksi yang disampaikan oleh mereka yang pakar dalam bidang masing-masing.

“Selaras dengan hasrat Jawatankuasa PeKA dalam membangunkan kesejahteraan diri, lebih banyak jalinan program akan cuba dirancang bersama dengan LPPKN atas dasar kepentingan pengukuhan institusi keluarga sebagai asas kestabilan sosial dalam masyarakat,” ujarnya.

Foto-foto Seminar: https://bit.ly/2zZHxPg

Last modified on Monday, 23 July 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

    

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd