wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 14 جمادى الثانية 1440   |   Tuesday 19 February 2019


SEPANG - Aktivis MyCARE yang menyertai siri akhir flotila ke Gaza,  Profesor Madya Dr. Mohd Afandi Salleh mengharapkan tekanan antarabangsa terhadap negara haram Israel supaya flotila tersebut berjaya mendarat di perairan Gaza.

“Ini misi yang kedua Malaysia sertai, sebelum ini ada Women’s Boat to Gaza oleh Dr Fauziah juga tersekat, dan kita harapkan misi ini dengan tekanan diplomatik antarabangsa, kita berjaya mendarat di Gaza, insya-Allah,” kata beliau.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Dekan Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berlepas ke Palermo, Itali semalam bagi menyertai misi solidariti flotila Right to a Just Future for Palestine (JFP) anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).

Misi itu bertujuan membawa kelengkapan dan bekalan ubat-ubatan bagi membantu penduduk Palestin. Sejumlah 24 kotak bekalan peralatan dan ubat-ubatan disumbangkan pelbagai pihak antaranya Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri dan Hospital Pakar An-Nur.

Kata Mohd Afandi, para peserta misi telah dimaklumkan tentang halangan yang mungkin dihadapi, antaranya kemungkinan ditahan oleh Israel.

"Bagaimanapun, kami para peserta misi, telah melalui beberapa siri latihan, supaya kami lebih bersedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan," jelas beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas semalam.

Beliau menyifatkan misi kali ini penting bagi membuka mata masyarakat antarabangsa tentang keadaan Gaza yang kini sangat kritikal akibat serangan Israel dan permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatan perubatan.

Bersama 25 aktivis lain, siri terakhir flotila ini akan mengambil masa lapan hingga sembilan hari dan dijangka tiba di perairan Gaza sebelum minggu terakhir Julai.

Sumber: RTM | Astro Awani

Last modified on Monday, 16 July 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!