wrapper

Berita Terkini

السبت 11 المحرّم 1440   |   Saturday September 22 2018


PUTRAJAYA - Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah menyertai Sidang Meja Bulat NGO yang pertama bersama Kementerian Pembangunan Wanita,  Keluarga dan Masyarakat pada 10 Julai lalu.

Timbalan Menterinya, YB Hannah Yeoh telah mempengerusikan sidang dengan memulakan sesi perkenalan dan seterusnya pemberian input serta cadangan oleh organisasi dan NGO-NGO yang hadir.

“NGO bergerak bersendirian dalam kapasiti masing-masing dan ia akan lebih baik sekiranya kementerian dapat menerajui usaha-usaha ini secara bersepadu dan bersatu bersama NGO,” demikian kata YAB Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam perkembangan berkaitan, Wanita IKRAM yang diwakili Setiausaha, Dr Sabariah Baharun dan Ahli Jawatankuasa, Pn Haliza Malik berpeluang membentangkan cadangan dan produk yang ada.

“Antaranya, siri seminar wanita dalam pelaksanaan syariah iaitu saranan melakukan pendedahan kepada sistem perundangan Islam supaya masyarakat celik syariah dan dapat memartabatkan sistem perundangan Islam dari segi pelaksanaannnya,” kata Dr Sabariah.

Tambahnya lagi, penekanan banyak diberi kepada isu-isu rumahtangga terutama selepas berlakunya perceraian.

“Penambahbaikan perlu dibuat dalam modul kursus perkahwinan agar pasangan bersedia untuk menjalankan hidup berkahwin dengan lebih baik.”

Dari kiri Dr Sabariah dan Puan Haliza dalam sidang meja bulat tersebut

Sehubungan itu menurutnya, Wanita IKRAM berusaha untuk melakukan reviu ini dengan melakukan perbincangan bersama pihak JAKIM dan mengkaji semula modul sedia ada.

“Wanita juga perlu mengimbangi keluarga dengan kerjaya. Kami turut membentangkan buku Piagam Wanita Islam yang menekankan tiga penegasan piagam dengan meletakkan peranan lelaki dalam rumahtangga,” jelas Dr Sabariah.

Saranan kepada penggubalan dan menghukum pesalah dengan lebih bertepatan turut dibentangkan dan ia menyentuh berkaitan isu sosial yang menjadi produk IKRAM iaitu Malaysians Against Pornography (MAP).

“Wanita IKRAM juga menyarankan agar sex education dan sexual morality diajar di sekolah supaya anak-anak faham akan sistem reproduktif mereka,” kata Dr Sabariah.

Beliau turut membentangkan Inisiatif Suri Rahmah iaitu saranan untuk dimartabatkan dan jangan dipinggirkan suri rumah demi memastikan golongan ini juga dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Ketika merumuskan perbincangan, Wan Azizah berkata, sesuatu isu dan permasalahan diharapkan dapat dilihat daripada ‘root cause’ dan tidak diselesaikan dalam bentuk ‘patching technique’.

“Segala permasalahan adakalanya merentasi beberapa kementerian. Oleh itu, perlu dilihat  akan wujudnya sinergi dan kerjasama di antara kementerian-kementerian yang terbabit,” jelas beliau.

Selain Wanita IKRAM yang membentangkan input serta cadangan,  terdapat lebih daripada 20 NGO yang terlibat antaranya Joint Action Group  seperti  AWAM, WAO, SIS, Justice For Sisters, Persatuan Peguam Wanita,  Persatuan Sahabat Wanita, Tenaganita, NCWO, Gerakwanis, ABIM,  Pewangi,  Transgender group,  Associates,  NGO dari Sabah dan Sarawak, Entrepreneur Group dan juga Foreigner Support Group.

Last modified on Thursday, 12 July 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

    

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!