wrapper

Berita Terkini

الأحد 9 ذو القعدة 1439   |   Sunday July 22 2018


SERI KEMBANGAN - Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyifatkan pelantikan YB Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa dan YB Fuziah Salleh sebagai Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Agama) adalah tepat.

“Sebagai seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Sastera, Sarjana Pembangunan Sumber Manusia dan Doktor Falsafah dalam bidang Siasah Syar’iyyah, beliau mempunyai cukup kepakaran untuk menggalas tanggungjawab sebagai Menteri di JPM yang menjaga hal ehwal agama,” jelas Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad.

Tambahnya, sebagai seorang yang telah melalui proses tarbiah secara teori dan amali serta komitmen yang tinggi dalam penghayatan Islam, Dr Mujahid diyakini mempunyai integriti yang sangat tinggi dan tidak akan berkompromi dengan apa jua penyalahgunaaan kuasa dan kemudahan awam, seterusnya dapat memastikan institusi Islam diurus secara profesional, telus dan tadbir urus yang baik.

“Pengalaman beliau mengadakan pelbagai dialog dengan banyak pihak menjadi satu kelebihan beliau untuk menggagaskan Islam sebagai agama yang bersifat Rahmah dan menggalakkan budaya dialog yang sihat,” kata Dr Parid.

Sementara itu, Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim berkata, pelantikan YB Fuziah sebagai Timbalan Menteri di JPM (Agama) adalah amat bertepatan dengan pengalaman dan penglibatan  aktif beliau sebagai aktivis di dalam beberapa NGO Islam sejak beliau menuntut di luar negara lagi.

“Keupayaan beliau dalam memimpin organisasi terbukti apabila beliau pernah terpilih membarisi kepimpinan organisasi pemuda The Young Muslims United Kingdom, (1988-1992) yang dianggotai oleh ahli dari pelbagai bangsa dan kewarganegaraan di United Kingdom,” jelasnya.

Sekembalinya ke tanah air, tambahnya, YB Fuziah terus bergiat aktif dalam NGO Islam dan pernah menerajui Kepimpinan Sayap Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dari tahun 1993 hingga 1999.

Melepaskan jawatan kerana terlibat secara langsung sebagai aktivis politik, katanya, YB Fuziah telah menjadi Ahli Parlimen Kuantan memasuki penggal ketiga dan telah berjaya membawa suara rakyat Kuantan ke peringkat Parlimen dalam pelbagai isu.

“Wanita IKRAM yakin dengan ketokohan, kewibawaan dan penghayatan Islam yang baik, YB Fuziah Salleh sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), akan berupaya membawa perubahan besar dalam memimpin institusi-institusi Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri  dengan cemerlang berdasarkan tadbir urus yang baik dan bermanfaat kepada ummah,” tambah Che Asmah.

Last modified on Monday, 09 July 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd