wrapper

Berita Terkini

الأحد 9 ذو القعدة 1439   |   Sunday July 22 2018


KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), Haji Zaid Kamaruddin menegaskan, adalah penting bagi organisasi masyarakat madani (CSO) untuk terus berjuang untuk rakyat dengan melibatkan diri dengan kerajaan baru di pelbagai peringkat.

“CSO perlu mengekalkan pendirian tidak memihak (non-partisan) dan bercakap tanpa takut atau memihak seperti yang telah dilakukan pada masa lalu,” jelasnya dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-7 GBM pada 30 Jun lalu.

Sementara itu, tambahnya, GBM bersama-sama dengan CSO lain akan secara kritikal terlibat dengan kerajaan baru untuk memastikan mereka menghormati janji-janji yang dibuat dalam manifesto mereka.

Katanya, Malaysia telah melakukan sejarah dengan berlakunya perpindahan kuasa yang aman daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) melalui proses pilihan raya.

Tambah beliau yang juga Timbalan Presiden IKRAM, rakyat menyambut baik perubahan ini yang membuka bab baru dalam sejarah Malaysia, yang juga menandakan perubahan dalam pembentukan pembangkang yang kini terdiri daripada parti politik daripada bekas parti pemerintah dan parti-parti politik lain.

“Sekarang adalah masa untuk bekerja ke arah Malaysia baru dan GBM akan mengambil tugas dalam beberapa tahun akan datang bekerjasama dengan pihak berkepentingan lain termasuk komuniti tempatan, pihak berkuasa dan organisasi masyarakat madani.”

Dalam mesyuarat agung itu, ahli-ahli Exco GBM 2018-2020 telah dipilih seperti berikut:

Pengerusi: Zaid Kamaruddin - Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Timbalan Pengerusi: Tan Yew Sing - Merdeka University Education Centre (Merdeka)

Setiausaha: Seah Hong Yee - ENGAGE

Penolong Setiausaha: Ngu Ik Tien - Pertubuhan Aliran Kesedaran Negara (Aliran)

Bendahari: Raghavan Annamalai - Tamil Foundation Malaysia (TF)

Ahli-ahli Exco:

1. Jeffrey Phang - Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

2. Danesh Prakash Chacko - Tindak Malaysia (TM)

3. Darshan Singh - Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kritisian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST)

4. Yow Lee Fung - LLG Cultural Development Centre (LLG)

5. Paul Liu Bao Shin - The Association of Graduates from Universities & Colleges of China, Malaysia (Liu Hua)

6. Stanley Yong Yew Wei - The KL & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)

Sumber: GBM

Last modified on Friday, 06 July 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!