wrapper

Berita Terkini

الخميس 8 ربيع الأوّل 1440   |   Friday November 16 2018


SERI KEMBANGAN - Berikutan insiden menyayat hati terhadap Allahyarham Adam Rayqal Mohd Sufi, kerajaan digesa supaya meneliti dan menguatkuasakan akta serta polisi berkenaan pendaftaran dan latihan ke atas pengasuh dan pusat jagaan kanak-kanak.

Dalam satu kenyataan bersama Pertubuhan Kesihatan Ikram Malaysia (IKRAM Health Malaysia) dan sembilan NGO perubatan dan kesihatan semalam, mereka turut menggesa kerajaan supaya menyediakan khidmat pusat jagaan kepada kakitangan perkhidmatan awam.

Menzahirkan rasa terkejut dan kesal terhadap insiden itu, NGO-NGO ini menyampaikan salam takziah kepada ibu mangsa, JT Farrah Madihah Othman dan keluarganya.

“Kami juga menyeru masyarakat awam agar menghentikan kritikan tidak berasas di media sosial kepada kaum ibu yang menghantar anak kepada pengasuh demi khidmat kepada rakyat dan negara.”

“Warga media sosial juga digesa agar menghentikan sebaran grafik yang boleh menggangu emosi keluarga mangsa.”

Tambah mereka, kaum keluarga, jiran dan masyarakat diseru agar memahami dan bersama memberikan sokongan kepada staf kesihatan wanita dalam mengurus anak dan keluarga mereka tatkala terpaksa bertugas dalam waktu tidak menentu seperti tugasan atas panggilan atau syif.

“Kami seluruh NGO perubatan dan kesihatan dengan ini menyatakan kesudian kami untuk membantu pihak Kementerian dan Agensi berkaitan dari segi nasihat kepakaran, latihan seperti bantuan asas kecemasan (CPR) kepada bayi, penggubalan polisi dan akta serta pemantapan penguatkuasaan bagi mengelakkan kejadian sebegini tidak berulang di masa hadapan.”

Selain IKRAM Health, NGO-NGO tersebut ialah Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM), Malaysian Integrated Medical Professionals Association (MIMPA), Medical Mythbusters Malaysia (M3), Green Crescent Malaysia (GCM), Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), Medtweetmy, Delegation of Nurses (DON), Malaysian Nurses Association (MNA) dan The Dressar & Co.

Menurut Bernama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kes itu perlu dikendalikan secara adil bagi semua pihak yang terlibat dalam kejadian itu termasuklah situasi penjaga bayi berkenaan dan tekanan yang mungkin dihadapinya perlu juga diteliti.

Mayat bayi lelaki berusia lima bulan itu ditemukan lengkap berpakaian dalam beg berwarna hijau dalam bahagian sejuk beku peti ais di rumah pengasuhnya pada kira-kira pada 11.00 malam Selasa, 3 Julai lalu.

Bagaimanapun kata beliau, kejadian itu menjadi peringatan akan perlunya pemantauan dilakukan terhadap pusat jagaan swasta atau individu yang menjadi pengasuh.

"Perlu ada undang-undang atau peraturan tertentu untuk memastikan pengasuh ini bertanggungjawab dan perlu ada standard tertentu di mana mereka perlu dilatih secukupnya untuk menjaga bayi," jelasnya.

Kredit foto: Berita Harian

Last modified on Thursday, 05 July 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

    

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]rg.my
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!