wrapper

Berita Terkini

الأحد 9 ذو القعدة 1439   |   Sunday July 22 2018


SERI KEMBANGAN - Dr Fauziah Mohd Hasan dan Puan Norsham Abu Bakar yang akan menyertai Misi Flotila ke Gaza, 'Right to A Just Future for Palestine' anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC) telah berlepas dari KLIA semalam ke Cagliari, Itali.

"’Right to A Just Future for Palestine’ akan mengambil masa lebih dua bulan dengan menaiki bot besar bernama Al-Awda yang bermaksud 'pulang',” kata Dr Fauziah.

Tambah beliau lagi, Kapal Al-Awda ini akan disertai tiga kapal kecil dari Sweden melalui Terusan Inggeris.

Tidak menyertai keseluruhan misi atas faktor keselamatan, beliau akan berperanan untuk menyampaikan kursus dan motivasi berkenaan aspek keselamatan dan kemanusiaan kepada semua peserta flotila.

Selain itu, beliau juga akan bertemu dengan ahli politik dan pemimpin tempatan di negara yang disinggahi bagi menyampaikan mesej kesedaran mengenai kesengsaraan rakyat Palestin.

Beliau dan Norsham dijangka akan berlayar dari Cagliari ke Napoli, Itali dan seterusnya Ajaccio, Perancis.

“Kita perlu jelas bahawa masalah Palestin bukanlah hanya krisis kemanusiaan.”

Menurutnya, isu utama hal ini ialah pendudukan tentera Israel secara haram dan perampasan ke atas penduduk Palestin.

“Kini dua juta rakyat Palestin hidup di bawah pendudukan yang paling kejam dan lama dalam sejarah moden,” katanya.

Jelas Dr Fauziah lagi, Isarel telah berjaya dalam memusnahkan ekonomi Palestin, menjadikan 80% daripada penduduknya bergantung kepada bantuan makanan dan 90% hidup dalam kemiskinan.

"Ketika ini, kapal Al-Awda dan tiga kapal kecil Sweden telah pun melalui persinggahan di Copenhagen, Kiel, Wilhamsheven, Jersey, La Rochelle, Gijon, Lisbon, Cardiz dan seterusnya, Cagliari, Napoli serta Ajaccio.”

Dalam perkembangan berkaitan, dua orang anak muda iaitu Dr Mohamad Faizal Zulkhifli dan Muhammad Aiman Mohd Zin mendahului berada di atas kapal Al-Awda, yang berlayar dari Cardiz, Sepanyol pada 27 Jun lalu dan selamat tiba di Cagliari semalam.

“Kami berharap misi ini dapat memecahkan kepungan rejim Zionis Israel di Gaza, Palestin.”

Sebelumnya, pengalaman pahit ditahan tentera Israel dua tahun lalu ketika menyertai misi solidariti Women’s Boat Gaza tidak menghalang kecekalan Dr Fauziah Mohd Hasan bersama Puan Norsham Abu Bakar untuk meneruskan misi 'Right to A Just Future for Palestine' ini.

Last modified on Tuesday, 03 July 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd