wrapper

Berita Terkini

الأحد 7 ذو الحجّة 1439   |   Sunday August 19 2018

KUALA LUMPUR - Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) IKRAM telah mengunjungi barisan pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) di Wisma Amanah Negara semalam.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangan Pakatan HARAPAN dalam PRU14 di samping bertukar-tukar pandangan tentang perkembangan terkini politik tanah air.

"Tahniah Parti Amanah Negara. IKRAM berharap kemenangan ini dapat diisi dengan pembinaan negara ke arah yang lebih baik," ucap Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad yang turut menghargai kesudian AMANAH menerima kunjungan.

Dalam ucapan balas, Presiden AMANAH, YB Haji Mohamad Sabu mengalu-alukan IKRAM untuk bersama-sama menyumbang bagi membina Malaysia baharu.

    

Beliau juga mengharapkan agar IKRAM terus memainkan peranan sebagai NGO untuk melakukan semak dan imbang, mengkritik dan memberikan cadangan-cadangan yang membina kepada kerajaan baharu.

Selain Dr Parid, turut bersama-sama dalam kunjungan ialah Timbalan Presiden, Haji Zaid Kamaruddin, Naib Presiden, Haji Shahrul Aman Mohd Saari, Setiausaha Agung, Haji Nahar Md Nor, Ketua Wanita, Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim dan Ahli-ahli JKP lain.

Turut hadir mewakili AMANAH ialah Penasihat Umum, Ustaz Haji Ahmad Awang, Naib Presiden, YB Dr Hasan Baharom dan YB Dato' Mahfuz Omar, Ketua Pemuda, YB Mohd Sany Hamzan, Timbalan Setiausaha Agung, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, Ketua Wanita Muda, Anis Afida Mohd Azli dan Ahli-ahli JK AMANAH Nasional.

Last modified on Wednesday, 30 May 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

    

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd