wrapper

Berita Terkini

الخميس 7 صفر 1440   |   Thursday October 18 2018


KAJANG - Sebanyak 100 kilogram kurma telah disumbangkan kepada lebih 800 orang banduan wanita Muslim dalam satu program khas sempena Ramadan di Penjara Wanita Kajang di sini anjuran Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga (PAKSI IKRAM) semalam.

Pengarah PAKSI IKRAM, Puan Faridah Maludin telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada pihak penjara yang diwakili oleh PPP Puan Naterah Abdullah dan diiringi oleh IP Puan Nur Laili Mohammad Sha'ari.

“Para banduan yang ditemui amat gembira menerima sumbangan kurma untuk dinikmati semasa iftar dan bersahur,” kata Puan Faridah.

Dalam kunjungan tersebut, beliau juga telah berpeluang menyampaikan tazkirah bertajuk "Hikmah Di Sebalik Puasa Ramadan" kepada 45 orang banduan wanita yang menekankan kepentingan memahami dan menghayati makna ibadah puasa Ramadan.

“Setiap hari dalam bulan Ramadan adalah hari-hari sesi latihan untuk penyucian dan peningkatan kekuatan jiwa dan iman.”

Beliau berkata, iman dan takwa adalah inti kepada kehidupan dan puasa bukanlah satu ibadah rutin yang hanya menahan diri dari makan dan minum.

“Tetapi ia mempunyai hikmah terpenting melatih diri untuk menahan diri daripada melakukan hal-hal yang membawa kepada dosa, kerosakan dan mudarat kepada iman dan kehidupan,” jelas Faridah.

Dalam pada itu, para banduan turut diajak untuk memperbanyakkan doa pada bulan bulan yang mulia ini.

“Semoga kesungguhan beramal  pada bulan suci ini akan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat.”

Pada akhir program, suasana menjadi hiba dan sayu apabila doa yang dibacakan oleh Puan Faridah diaminkan bersama-sama oleh para banduan.

Dua orang sukarelawan iaitu Puan Murni Ahmad dan Cik Ilya Roslan turut bersama-sama dalam rombongan PAKSI IKRAM ke penjara ini.

Sebagai salah satu agensi khidmat masyarakat IKRAM, kunjungan berkala PAKSI IKRAM (dulu dikenali sebagai PAKSI JIM) sejak tahun 2007 ini diharapkan dapat memberikan manfaat, suntikan dan harapan buat banduan wanita supaya terus menerus melakukan perubahan positif terhadap diri, insya-Allah.

Last modified on Tuesday, 29 May 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

    

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!