wrapper

Berita Terkini

الخميس 7 صفر 1440   |   Thursday October 18 2018


SERI KEMBANGAN - Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyifatkan pemotongan sebanyak 2% daripada gaji suami dengan tambahan RM50 daripada dana kerajaan menjadi caruman KWSP untuk suri rumah merupakan satu inisiatif yang amat bermakna.

“Tentunya sumbangan mereka ini terlalu besar jika dibandingkan dengan potongan 2% daripada gaji suami, namun Wanita IKRAM percaya ianya diterima dengan penuh kesyukuran dan reda dari kelompok suri rumah,” jelas Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Hjh Che Asmah Ibrahim.

Menurut beliau dalam satu kenyataan media, Wanita IKRAM menyambut baik dan mengucapkan tahniah atas pengumuman  YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai inisiatif tersebut.

Katanya, golongan wanita yang telah memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa bagi menumpukan perhatian kepada penjagaan dan pembangunan keluarga dan anak-anak adalah kelompok masyarakat istimewa.

“Kelompok ini perlu diberi perhatian dan penghargaan atas sumbangan mereka dalam mendidik dan membina generasi akan datang,” katanya.

Pada masa yang sama, tambah Che Asmah, suri rumah ini mempunyai potensi yang besar untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan tidak boleh dikesampingkan. 

Sejak tahun 2017 lagi, jelasnya, Wanita IKRAM telah memulakan langkah untuk membangunkan potensi golongan suri rumah bermula dengan meningkatkan jati diri, memberikan motivasi, membina kemahiran dan membimbing kelompok suri rumah melalui Modul Pembimbing Rakan Suri (PRS).

“Modul ini digerakkan sendiri oleh kumpulan suri rumah sepenuh masa, yang telah dilatih dengan bimbingan ‘coach professional’.”

“Pembimbing Suri Rahmah seterusnya telah merangka dan menggerakkan aktiviti-aktiviti bagi membimbing suri rumah yang lain melalui Kelab Rakan Suri Rahmah.”

Tambahnya, Wanita IKRAM akan terus menyantuni pelbagai segmen masyarakat, khususnya wanita untuk melakukan penambahbaikan yang berterusan dalam menyumbang kepada usaha membina Malaysia menjadi sebuah negara rahmah.

Last modified on Tuesday, 29 May 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

    

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!