wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 6 صفر 1440   |   Wednesday October 17 2018

PETALING JAYA - Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan IKRAM Malaysia (JKP IKRAM) hari ini telah menziarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah bebas daripada penjara baru-baru ini di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Di samping bertanya khabar, Ahli-ahli JKP IKRAM turut bertukar-tukar pandangan dengan DSAI tentang perkembangan terkini di tanah air dan dunia Islam umumnya.

Hadir mewakili IKRAM adalah Presiden, Dr Mohd Parid Shaikh Ahmad, Timbalan Presiden, Haji Zaid Kamaruddin, Naib Presiden, Haji Shahrul Aman Mohd Saari, Setiausaha Agung, Haji Nahar Md Nor, Bendahari, Ketua Wanita dan beberapa orang Ahli JKP.

DSAI yang dijadualkan bebas pada 8 Jun 2018 akhirnya dibebaskan pada Rabu, 16 Mei lalu selepas mendapat pengampunan diraja penuh dan bakal menjadi Perdana Menteri kelapan oleh Pakatan Harapan.

Last modified on Wednesday, 23 May 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

    

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!