wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 6 صفر 1440   |   Wednesday October 17 2018

KLANG - Seramai 22 orang pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar Klang yang mengalami masalah rabun telah menerima cermin mata percuma dalam satu majlis penyerahan di Pusat Komuniti IKRAM Klang pada 7 April lalu.

Projek Cermin Mata Percuma ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM (i-Bantu) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Islam Hasil Dalam Negeri Kuala Lumpur (PERKIS KL-DUTA) dan Menara Optometri.

“Kami tidak mahu pelajar-pelajar sekolah hilang minat untuk meneruskan pembelajaran mereka hanya kerana hal teknikal yang boleh diselesaikan,” kata Timbalan Pengerusi i-Bantu, Hj. Mahmud Ibrahim.

Dengan tema “Ke Arah Kesejahteraan Pembelajaran Melalui Penglihatan Optima”, projek ini bertujuan untuk membantu pelajar sekolah yang rabun dan tidak mampu memperoleh cermin mata untuk mempertingkatkan prestasi pembelajaran mereka.

“Dengan adanya cermin mata ini, diharapkan semua penerima dapat belajar bersungguh-sungguh,” Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PERKIS, Encik Mohamad Nor Abdul Hamid.

Tidak terhad kepada pelajar Muslim sahaja, pelajar bukan Muslim juga turut menerima bantuan cermin mata percuma ini antaranya adalah adik Chia Wei Qi, 13, dan adik Saminee a/p Nagandaran, 14, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaaan Bukit Kuda. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Projek Cermin Mata Percuma, sila layari laman sesawang www.ibantu.ikram.org.my atau Facebook iBantu.IKRAM.Prihatin.

Last modified on Thursday, 12 April 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

    

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd