wrapper

Berita Terkini

الإثنين 8 ذو الحجّة 1439   |   Monday August 20 2018

TAPAH - Majlis perasmian Surau Baitul Rahmah di Kampung Orang Asli Woh Intake, Batu 8 di sini pada 31 Mac 2018 telah disempurnakan oleh Pengerusi i-Bantu, Prof. Madya Hj. Ainullotfi Abdul Latif.

Turut hadir meraikan majlis tersebut anggota badan-badan dan NGO yang bekerjasama menjayakan pembinaan surau iaitu MyIKRAM Bikers (MIB), TM Bikers, IKRAM Kawasan Batu, IKRAM Kawasan Batang Padang, Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Dalam berkhidmat untuk masyarakat ini kita tidak boleh hanya sekadar ‘touch and go’ tetapi dalam berkhidmat untuk masyarakat ini kita mestilah ‘touch, stay and grow’,” kata Hj. Ainullotfi.

Pembinaan surau ini merupakan hasil sumbangan dari orang ramai termasuk badan-badan korporat. Keseluruhan kos pembinaan surau ini adalah berjumlah RM95000 dan hasil kutipan daripada i-Bantu adalah sebanyak RM46,505.50.

Surau ini dibina bertujuan untuk memudahkan penduduk Islam di Kampung Woh Intake menjalani ibadah solat berjamaah. Selain itu, ia juga dijadikan sebagai pusat aktiviti keagamaan seperti kelas pengajian fardu ain, aqidah dan al-Quran.

Surau juga dibina bertujuan sebagai pusat perjumpaan penduduk-penduduk Islam untuk mencambah benih-benih ukhuwah sesama mereka di samping memantapkan akidah dan pemahaman tentang Islam.

Dalam pada itu, surau ini juga dijadikan sebagai pusat persinggahan kepada penduduk-penduduk Kampung Lubuk Gaharu dan Kampung Pos Musoh untuk berteduh.

Untuk maklumat lanjut mengenai surau Baitul Rahmah di Kampung Orang Asli Woh Intake, sila layari laman sesawang  www.ibantu.ikram.org.my  atau Facebook iBantu.IKRAM.Prihatin.

Last modified on Tuesday, 10 April 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

    

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!