wrapper

Berita Terkini

الإثنين 10 ذو القعدة 1439   |   Monday July 23 2018


BANDAR BARU BANGI - Suri rumah bukanlah insan lemah yang hidupnya terperuk di pelosok rumah seperti anggapan ramai orang. Dengan pendedahan dan latihan yang terancang, seorang suri rumah mampu memimpin keluarga bahkan memandu masyarakat ke arah kecemerlangan.

Buat julung kalinya, suatu konvensyen istimewa, Konvensyen Suri telah dianjurkan oleh Suri Rumah Rahmah (SRR) bersama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Mega Glory Hall, Ostia Bangi, di sini pada Rabu lalu.

“Konvensyen ini tidak bermula begitu sahaja. Tetapi Dr Wardah Mustafa Din bersama kumpulannya mengadakan kajian yang rapi, yakni melalui kaji selidik, apa yang suri rumah ini inginkan, apa status semasanya,” jelas Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim dalam sesi bersama media.

Beliau berkata, hasil kaji selidik tersebut membolehkan penganjur mencadangkan sesuatu bagi mengumpulkan suri rumah ini.

“100%  yang hadir ini adalah suri rumah sepenuh masa dan bukan semuanya ahli IKRAM. Konvensyen SRR ini terbuka kepada semua suri rumah. Yang ahli IKRAM adalah sebagai penggerak atau Pembimbing Rakan Suri.”

Memandangkan ini merupakan konvensyen kali pertama yang turut menyaksikan pelancaran modul, agenda seterusnya ialah mengadakan latihan berdasarkan modul yang telah sedia ada ini dan seterusnya SRR ini akan membentuk kumpulan yang diketuai oleh Dr Wardah.

“Sebenarnya untuk mengumpulkan ramai (suri rumah) seperti ini, pihak penganjur perlu menyediakan nursery dan ia memerlukan kos yang lebih tinggi. Tetapi kita akan buat juga dalam kelompok kecil dan akan buat siaran langsung supaya suri rumah yang tidak dapat hadir masih berpeluang mendapatkan manfaat daripada latihan itu,” jelas Che Asmah.

Selain itu menurutnya, Pembimbing Rakan Suri akan ‘follow up’ dengan peserta dan IKRAM akan wujudkan ruang untuk mereka menyumbang.

“Sebenarnya ramai orang yang ingin menyumbang dalam kerja-kerja sukarelawan, tetapi mereka tidak tahu di mana untuk menyumbang.”

Tambahnya lagi, dalam IKRAM terdapat banyak ruang untuk menyumbang seperti agensi remaja, kanak-kanak (IKRAM Junior), siswa, selain yang lebih luas seperti i-Bantu yang memberikan bantuan kemanusiaan.

“(Agensi-agensi) ini boleh menjadi ruang bagi mereka yang sudah bersedia. Mereka boleh menyertainya dan (menyumbang) bersama.” 

Dalam perkembangan berkaitan, Dr  Wardah Mustafa Din berkata modul ini dibina hasil daripada kaji selidik dan mereka mengambil tahu apa kebimbangan dan cabaran bagi suri rumah.

“Apabila kita masuk ke lapangan, ada beberapa perkara yang perlu kita tangani. Antara yang utama yang perlu kami tangani ialah diri (individu itu) dulu kerana kita sering menyediakan peluang dan ruang. Tetapi kalau mereka tidak boleh nak keluar dari situasi mereka dan keyakinan diri  yang tinggi, kita buatlah platform banyak mana pun, mereka tetap tak boleh nak menyumbang.”

Justeru, beliau bersama kumpulannya merangka modul dengan tiga elemen iaitu suri dan dirinya, suri dan keluarga dan suri dengan masyarakat.

“Akhirnya saya berharap, suri akan mampu memimpin diri dan keluarganya serta mampu keluar kepada masyarakat dengan inisiatif-inisiatif yang ada.”

Modul ini menurutnya dirangka sebagai ‘pilot project’ untuk tempoh satu tahun dalam sesi-sesi latihan. Mereka mempunyai pakar yang mengurus modul ini dan sudah ada topik yang holistik untuk semua.

“Daripada konvensyen ini mereka akan diberikan kumpulan kecil dan dari situ kita akan ambil yang berminat untuk melalui modul ini. Jadi, kami akan ambil nama dan seterusnya mengadakan latihan-latihan tersebut dalam kumpulan kecil ini selama setahun. Ia akan di’follow up’ oleh Rakan Pembimbing Suri yang merupakan mentor suri rumah yang boleh memimpin dan membimbing suri rumah keluar menyumbang kepada masyarakat.

“Kami jangkakan dalam tempoh satu tahun ini, kumpulan suri rumah yang kita bina ini akan menjalankan Konvensyen Suri yang kedua pada tahun hadapan.”

Last modified on Monday, 02 April 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!